Assalamualaikum..
Hari ini saya nak kongsi tips lagi dengan korang..Tips Hilangkan Mengantuk.Memandangkan sekarang nak dekat dengan musim peperiksaan bagi pelajar IPTA/IPTS.So,saya nak kongsi kan tips nak hilangkan mengantuk.Sebab ape,musim-musim nak exam ni kena stay up sampai pagi hari nak study..Dah kalau mata tu mengantuk macam mana nak study kan..So,kita perlukan beberapa tips yang dapat menghindar kan kita dari mengantuk..Sebelum tu,tips ni pun boleh di guna pakai untuk mereka-mereka yang bekerja hingga lewat malam nak siapkan office work kan:
1)Basuh muka.Kalau dah rasa sangat mengantuk mata tu.Cepat-cepat basuh muka..Baru lah dapat kesegaran ka..Tak banyak,sedikit mesti adalah kan..
2)Senaman ringan.Cara ni pun berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan macam kaki dan tangan.
3)Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4)Dengar muzik.Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja,tak study kan.
5)Pastikan anda jadikan persekitaran anda yang terbaik. Contohnya bilik belajar/meja kerja anda tidak bersepah tetapi tersusun rapi. Bila sejuk mata memandang anda juga akan lebih bersemangat bekerja/belajar
6)Dapatkan tidur yang cukup. Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
7)Minum air kosong .Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.
8)Wangian aromaterapi.Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
Setakat ni,ni lah 8 tips yang saya dapat..Saya selalu guna tips 1,2,3,4 dan 7 untuk hilangkan mengantuk.Harap-harap dapat bantu korang kan dengan tips-tips yang saya kongsikan ni..Kalau korang ada tips lain jugak,boleh share kat sini tau tau..
12 kaki blogger komen:
Jangan lupa air kopi kaw tau :D..nice tips thumb up ;)
ohh..sdh lama tdk menghadap peperiksaan..(^_^)
http://kokeshidoll-neo.blogspot.com/
akk di tag
http://aenvanilla.blogspot.com/2012/05/tudung-murah-collections-giveaway.html
tips no 6 tu meme aku setuju sesangat. kdg2 belajar sampai awal2 pagi ... semata2 nak study, tapi ntah otak y letih tu boley digest ke tak
nice tips ! :)
herm mengantuk nya pagi2 ni.. tapi x apa.. naseb baik ade petua2 hilangkan ngantuk kat sini.. hehehehe
dah abis exam..yahooooo... kompom tak mengantuk ;p
good entry dear... perlu sangat tips ni saat nie..
nak tips lebih dasyat..
senaman ilang ngantuk..
hehe
minum kopi pun ok gak ... xtra stimulation
WAHH///thanks..berguna ni untuk mahasiswa...
saya slalu lempang muka sendiri laju2 kalo ngantuk...haha
Post a Comment