Wednesday 29 August 2012

Wordless Wednesday # Not in the mood

Assalamualaikum..

           

           
                       credit:google picture

Mood blogging daku dah pudar..tolong bagi daku semangat..aih...celaru biru otak ni !! grrr

Saturday 25 August 2012

CPUV Campaign Nuffnang ke-7 dan Ke-8

 Assalamualaikum..

Firstly,nak ucap jutaan terima kasih kat NUFFNANG sebab tak pernah kedekut nak kasi earning dekat blog ni.Walaupun kekadang,memang di akui blog ni jarang nak update dan paling penting trafik blog GPP ni tak statik.Sekejap okey,sekejap tak.Semuanya bergantung pada mood..hehe

Apa yang paling menggembirakan blog saya sekali lagi dapat CPUV dari NUFFNANG.Kalau tak tau,CPUV ni adik beradik je dengan BUFFERED EARNING.Cuma dah berubah nama ke CPUV sekarang ni.Kali ni CPUV yang ke-7 saya dapat ialah VW DAS AUTO 2.0.Kalau sebelum ni dapat VW Hari Raya 2012,tapi kali ni dapat VW DAS AUTO 2.0 pulak.

Then,yang tak di jangka rupa-rupanya blog GPP ada dapat CPUV Campaign dari UNILEVER COMFORT IVORY 2 jugak.CPUV ni berada atas DIGILYMPIC.Memang sebelum ni perasan DIGILYMPIC dan UNILEVER SUNSILK SAVANA je.Tapi Cek hari ni dah bertambah satu lagi kat bahagian atas Digilympics.


     
                  Yang ni print screen tengah malam semalam
           
    

                  Yang ni print screen sekejap tadi








Paling menggembirakan jugak 2 CPUV masih lagi kekal hingga kini bertahan hampir 1 bulan lebih berjalan iaitu DIGILYMPICS dan UNILEVER SUNSILK SAVANA.Ini bermakna ada 4 CPUV Campaign sedang berjalan di blog saya..

Macam biasa yang selalu kita deal,jangan lupa klik-klik iklan VW Das Auto,Digilympics dan Unilever Sunsilk Savana dan tak lupa juga Unilever Comfort Ivory 2..Hehe..Nanti saya klik-klik korang punya juga tau tau(^_^) terima kasih..




Friday 24 August 2012

Mood Raya Vs Mood Blogging

Assalamualaikum..

Diam tak diam dah hampir 6 hari kita meraikan Syawal kan.Dan diam tak diam juga 2 minggu lagi cuti semester saya bakal berakhir dan ini bermakna dalam masa 2 minggu ni maka saya akan meletakkan jawatan sebagai penanam anggur yang tak de hasil..hakhak.Diam tak diam juga dah hampir 2 minggu ni mood blogging entah lah makin pudar dan pudar..Di manakah sinar yang menghilang..hoho..Berapa banyak diam tak diam da..hehe

Actually,kalau nak di ikutkan Mood Raya vs Mood Blogging saat ni,dah tentu-tentulah mood raya yang lebih kan.Mana tak nya raya Setahun sekali je ye dak..Haruslah mood raya lebih..Mood blogging hari-hari boleh datang antara nak dengan tidak nak je kan..

Sesungguh nya raya tahun ni tak lah semeriah tahun lepas.Tahun lepas sakan meriah kot..Happy pun happy..tahun ni mood ala kadar je.Tapi apa-apa pun tetap enjoy raya kali ni sebab dapat duit raya..haha..Ada gak yang nak bagi.luar jangkaan..hakhak

So,saat ni hanya berharap Mood blogging muncul la cepat-cepat.Kesian tengok kat trafik blog ni jatuh,hukhuk..Dan yang paling penting kesian kat semua yang berkunjung dan singgah sini asyik-asyik entry sama je tak bertukar.Apa-apa pun terima kasih ye korang semua yang still singgah sini,even blog saya sekarang jarang update..

Korang macam mana?Mood raya lagi ke?

P/s:Nanti kita blogwalking blog-blog awk semua ye(^_^)



       

Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya Tulus Ikhlas Dari Saya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,akhirnya kesihatan saya kembali ke keadaan yang baik..Jadi hari ni dengan masa yang ada sepantas kilat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk semua follower,pengunjung dan buat semua yang datang singgah ke blog saya.

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf andai kata selama berblog ini pernah terlajak kata,terkasar bahasa mahupun mengguris hati mana-mana pihak.Mohon maaf ye..0-0 okey!!


                       Design buruk tak pandai buat ni..hahaha

Tahun ni saya beraya di bumi Kuala Lumpur je..hukhuk..Sedih kot tak balik kampung..Korang Balik kampung kat mana?Pada yang balik kampung tu hati-hati ye..Pandu cermat jiwa selamat(^_^)

Tuesday 14 August 2012

Bersemangatlah wahai hati

Assalamualaikum..

Hari ni tak dapat nak taip panjang-panjang.Kepala pening plus sakit tekak.Sepanjang Ramadhan tahun ni dah 2 kali kesihatan ku agak tidak dalam keadaan yang baik..Tapi hari ni paling teruk rasanye,sakit kepala aka migrain yang dah lama tak datang,muncul tanpa di undang..Aih..Puas duk menahan,nak tidur tak boleh lelap mata.Nak makan ubat puasa..Alang-alang dah pukul berapa dah ni kan..sabar jelah..

Harap-harap boleh bertahan sampai detik 7.27 pm ni .Bersemangatlah wahai hatiku!!

            
                      Kata-kata semangat untuk diri sendiri

             
                       

Monday 13 August 2012

Kuih raya menggamit hati

Assalamualaikum..

Bila sebut pasal raya, kuih raya,ketupat,rendang dan lemang memang tak dapat di pisahkan.Kalau tak de benda-benda ni semua rasa tak meriahkan..So,entry malam ni lebih tertumpu pada kuih raya..Tetiba malam ni setelah terpandang kan kuih raya sebalang dua kat almari terus datang idea nak post entry kuih raya..hehehe..

Tahun ni kuih raya saya tema tunjuk-tunjuk je..hoho..Lagi pun ibu tahun ni, jadi ejen kuih raya.Jadi alang-alang sekali jalan tempah je sekali kan..Kalau nak buat memang tak sempat kot..Kalau raya kat rumah kami ni,dua jenis kuih kat bawah ni iaitu Almond London dan Tart Nenas memang akan ada..Dan yang paling cepat habis kuih dua jenis la..Lagi-lagi tart nenas kegemaran ku..Kalau sebalang sorang makan pun habis..haha.



         
                    gambar almond london ihsan  eats.my

              
               gambat tart nenas dari zucupcakes.blogspot.com

Macam mana kuih raya korang semua tahun ni buat sendiri or macam saya juga main tunjuk-tunjuk tempah je?Korang suka kuih raya apa?share-share la kan sharing is caring.hikhik(^_^)


Kata hati(tiru ayat NUR):Tahun ni raya tanpa handphone yang dah tak dapat diselamatkan lagi..Sedih kot.hukhuk.

Malware Detect dan kesannya

Assalamualaikum..

Hari ni entry seringkas yang boleh..Nak berkongsi korang semua berkaitan  Malware Detect.Korang pernah kena amaran Malware Detect ni?Sebab saya pernah beberapa kali terkena bila nak blogwalking ke sesebuah blog terpapar sebesar-besarnya Malware detect..

            

Kesan Malware
Para pengguna internet tidak boleh masuk ke laman web yang mengandungi malware. Jika mengabaikan amaran merah yang di beri, komputer atau laptop akan mudah panas. Trafik blog yang menggunakan malware turut menurun dan pagerank turut akan menurun dan kemungkinan blog atau website yang dijangkiti virus malware tidak boleh beroperasi lagi.

So,bila korang nampak paparan Malware Detect ni berwaspada lah ye.Saya nak cakap lebih panjang lebar pun tak pandai mana..Hehehe..yang mana arif lagi pakar mohon beri pandangan kat sini.hikhik(^_^)

Credit:(SINI)

P/s:Jom terjah blog pilihan saya hari ni iaitu BLOGGER JELITA dan BLOGGER TAMPAN ini..


Sunday 12 August 2012

GIVEAWAY NASZ : OLE-OLE DARI THAILAND

Assalamualaikum..

Dah lama rasa nye tak join Giveaway ni..So,hari ni ni memandangkan idea pun tak berapa nak muncul.Jadi join Giveaway jelah kan.Giveaway pun senang dan mudah syarat nya.Giveaway OLE-OLE DARI THAILAND ni datang dari Encik Nasz.
             

             
                          KLIK UNTUK JOIN

Satu ayat tentang GA ini
Saya rasa Giveaway ni sangat simple dan memudahkan bagi mereka yang ingin join dan paling penting Ole-ole dari Thailand itu sangat awesome (^_^)

Giveaway ini berlangsung sehingga 14hb Ogos 2012 (jam 10mlm).So,tunggu apa lagi jom ramai-ramai join.mana tau ada rezeki dapat Ole-ole dari Thailand..

P/s:Aih..Hari ni tak dapat blogwalking..line masih slow ..

Saturday 11 August 2012

Masa yang sesuai untuk update blog


Assalamualaikum..

Dah lama tak berkongsi tips blogging kan.So,Hari ni saya nak berkongsi sedikit mengenai Masa yang paling sesuai untuk update blog..Actually saya ni bukan lah pakar mahupun arif nak berkongsi tips segala ni kan..Tapi,ini berdasarkan pemerhatian saya sendiri.Memang jelas ada baiknya kita update entry pada masa tertentu.Sebab secara tidak langsung dapat menarik orang membaca entry kita..

Jadi sepanjang beberapa bulan blogging ni,saya selalu perasan orang paling ramai views dan baca entry saya pada waktu :

1)Waktu Tengah Hari(12pm-2pm)
Maybe waktu ni yang bekerja terutamanya sedang waktu rehat.Jadi ramai ambil peluang sambil rehat sambil blogging.Bagi saya waktu ni paling sesuai di gelar kemuncak blogging.Sebab memang waktu ini memang akan menyumbang trafik yang banyak untuk sesebuah blog.

2)Malam (10pm-12am)
Waktu malam antara 10pm-12am pun bagi saya
waktu yang baik nak update.Sebab time ni ramai yang sedang istirehat..ramai yang belek-belek dashboard time ni.Kemungkinan orang membaca blog kita juga tinggi.

Bagi saya masa memang memainkan peranan dalam kita nak update blog.Terutama yang nak maintain kan trafik blog selalu.Apa-apa pun,tak semestinya waktu-waktu ini sahaja yang boleh update blog kan.Ia bergantung juga pada idea nak post sesuatu entry tersebut. Kalau dah ada idea tak kira masa nak update kan.Lagi-lagi kalau blogger famous amos memang tak payah kira masa sentiasa tinggi yang view..So,macam sy ni blog suam-suam memang kena ikut masa..hikhik

          
                             Gambar sumbangan saudara Google

P/S:Jom terjah blog WANITA COMEL dan JEJAKA TAMPAN ini.Blog pilihan saya hari ini(^_^)

Friday 10 August 2012

Mencari Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum..

Diam tak diam kini kita sudah berada di 10 hari terakhir di bulan Ramadhan.10 malam terakhir Ramadhan merupakan Malam yang dilimpahi keberkatan dan keistimewaan yang harus direbut oleh umat Islam yang berpuasa.Ini kerana salah satu malam itu akan dinamakan lailatul qadar yang disebut lebih baik daripada 1,000 bulan.

Di bawah ini merupakan doa untuk malam Lailatul Qadar.Semoga kita mendapat lebih keberkatan dan di limpahi rahmat NYA di 10 malam terakhir Ramadhan.Sama-samalah kita tingkatkan segala amalan dan mudah-mudahan malam Lailatul Qadar menemui kta.Amin...



Credit:FB Ustaz Don

Pandalela Rinong Raih Pingat Gangsa dan Sejarah Terlakar!!

Assalamualaikum..

Setelah Dato Lee Chong Wei menghadiahkan pingat Perak buat negara,kini tiba pula giliran atlet terjun negara iaitu Pandalela Rinong menghadiahkan pingat Gangsa buat negara.Sekali pun ia hanyalah pingat gangsa tetapi rasa kebanggaan tetap sama seperti meraih emas kerana tahap Olimpik adalah tahap paling terbaik di dunia.

Actually,kalau di lihat pada mulanya terjunan pertama,Pandalela Rinong hanya berada di kedudukan ke-10.Tetapi,Pandalela tidak pernah berputus asa berusaha sehinggalah beliau menempatkan diri pada kedudukan ke-3.Memang suspen tengok tadi.Tapi yang pasti dominasi atlet China berterusan.

Kejayaan Pandalela meraih pingat gangsa ini,meletakkan beliau dalam dua sejarah tersendiri.Sebab apa kalau nak tau?Pertama,Pandalela menjadi atlet Wanita pertama dari Malaysia untuk meraih pingat di olimpik.Kalau sebelum ni,dapat di lihat hanya atlet lelaki yang menyumbang pingat buat negara di Olimpik.

Kedua,Pandalela menjadi atlet pertama Malaysia yang menyumbang pingat dari acara sukan yang berbeza.Kalau sebelum ni Malaysia hanya meraih pingat melalui acara badminton.Kini,acara terjun menjadi salah satu sejarah dalam senarai penyumbang pingat buat negara.


           
 Keputusan Penuh Acara Terjun 10m Platform.Tempat Ketiga itu Pandalela!!
     

       
          Jelas terpancar kegembiraan di wajah Pandalela(^_^)

   
        
  Pandalela tersenyum manis bersama pingat Gangsa yang di menangi..

Apa-apa pun tahniah buat Pandalela kerana menghadiahkan Pingat kedua buat negara di Olimpik,London.Malaysia Boleh!!
           

Credit Pic:(sumber) dan (Sumber)

Thursday 9 August 2012

Lagu Raya Segar Sepanjang Zaman

Assalamualaikum..

Diam tak diam hari ni dah 20 Ramadhan dah kan dan 20 hari juga kita dah berpuasa..Sekejap je masa berpuasa.Pejam celik pejam celik dah 20 Ramadhan..Tahun ni,mood raya masih lagi samar-samar tak seperti tahun lepas bersemangat sungguh nak beraya..Tahun ni mungkin 2-3 hari nak raya baru dapat feel kot..Selalu macam tulah,last minit baru semangat tu datang..

So,dalam pada mood nak beraya tu tak de yang penting mood nak dengar lagu raya tu yang penting..awal-awal minggu lepas kot dah download..Yelah,mana tau kot dengar lagu raya mood raya pun nak datang kan..Tapi,rupa tu jugak..Mood pun statik gitu jugak..Hehe..

So,malam ni nak berkongsi dengan awak dan awak semua lagu raya yang saya rasa memang segar sepanjang zaman.Lagu ni memang tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.Segar sepanjang zaman.Eh,betul ke eh peribahasa ni?Kalau salah tolong betul kan eh...hukhuk.

Jadi dengan ini saya mempersembahkan 10 buah lagu raya yang dengar beribu kali mana pun tak kan pernah jemu..

1)Suasana hari raya (Elina ft Anuar Zain)
2)Dendang Perantau (P.Ramlee)
3)Menjelang Hari Raya (DJ Dave)
4)Kepulangan yang di Nanti (Aman Shah)
5)Indahnya Beraya Di Desa (Azalina Aziz)
6)Seloka Hari Raya (Hail Ameer ft Uji Rashid)
7)Selamat Hari Raya (Saloma)
8)Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman)
9)Suatu Hari Di Hari Raya (M.Nasir)
10)Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat)
11)Balik Kampung (Sudirman)
12)Pulanglah (Aishah)

Inilah antara-antara lagu yang memang di rasai sentiasa sedap untuk di dengar tiap kali hari raya..Lagu dulu-dulu jugak sedap kan..Masih Tercari-cari lagu raya sekarang yang setanding lagu dulu-dulu..Rasa macam satu dalam seribu kot..

P/s:Lagu raya apa yang korang suka dengar..Share-share lah(^_^)


Petua:Merawat selsema

Assalamualaikum..

Rasa nya tak pernah buat entry petua-petua berkaitan kesihatan ni..Tapi hari ni untuk pertama kalinya nak post entry berkaitan kesihatan iaitu Petua merawat selsema.Actually petua-petua ni pun cari kat internet je..Tak salah rasanya nak berkongsi..Mana tau kot-kot ada yang selsema saat ini..Boleh guna tips ni..Dan,sesungguhnya tips ni di tujukan khas buat diri saya sendiri yang tatkala ini selsema..hakhak..So,jom baca tips-tips kat bawah ni:

1) Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

2)Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

3) Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

4) Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.

5)Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

Kalau di baca semua petua ni susah nye..Semuanya yang saya tak suka nak minum..hukhuk..Lagi-lagi ni bulan puasa kan..Kalau nak ikut petua ni kena tunggu malam hari lepas berbuka.Aih,paling tak suka waktu selsema..memang tak suka..Hanya mampu letak minyak angin menahan selsema saat ini..

                 

Sumber:SINI

Wednesday 8 August 2012

Tukar URL blog,ada effect tak?

Assalamualaikum..

Kawan-kawan semua nak mohon bantuan ni..Ada sesiapa tahu tak,kalau tukar URL blog ada effect apa-apa tak?Tetiba rasa nak ubah URL blog..tapi takut ada effect je..Tolong siapa yang tahu..saya ni ketidaktahuan..hukhuk..

         

Yang saya tau satu je effect tukar blog ni macam menyusahkan orang lain,terutama kalau yang letak kita dalam bloglist.Nanti dah tak detect url lama dalam bloglist..Kena tukar Url baru.Kan susahkan orang tu.Kalau boleh tak nak menyusahkan orang,,hikhik..

Harap-harap ada yang tahu dan sudi nak beri tahu effect-effect lain..hukhuk..

Nuffnang berwajah baru?

Assalamualaikum..

Setelah semalam tak dapat nak online akibat line yang sangat-sangat slow ,membuatkan mood kehilangan nak blogwalking dan update..Jadi,sementara line tengah hari ni yang agak baik maka cepat-cepat diri ini nak mengupdate kan blog tersayang ni.

Baru je lepas log in Nuffnang sekejap ni..Then,terkejut kot NUFFNANG dah berwajah baru lah..Patutlah dua-tiga hari ni problem je Nuffnang nak log in..rupanya nak berwajah baru.Tak tahulah kalau kot saya yang baru perasan kan..hehe.


Banyak jugak perubahan yang Nuffnang buat.Tapi still okey.Yang penting lagi awesome.boleh lagi paham setakat sekejap ni tengok.Sebab tengok sekali imbas je.hikhik.Ingat nak print screen jugak yang bahagian dalam-dalam profile,earning semua..tapi line pulak slow..hakhak..So,korang yang guna Nuffnang boleh lah tengok nanti ye..

P/s:Tak dapat nak blogwalking lagi,line slow..errr
        

Monday 6 August 2012

Terima Kasih Dato Lee Chong Wei


Assalamualaikum..

Rasanya belum puas nak bercerita pasal Dato Lee Chong Wei kan kan..Muka Buka,Twitter,Blog,Akhbar semua cerita mengenai beliau hari ni..Sokongan tak putus-putus untuk beliau.Even,beliau kalah semalam..Namun,tetap di julang sebagai Wira dan Juara di hati kita semua.

So,di kesempatan ini,saya nak ucap terima kasih kat Dato Lee Chong Wei sebab hari ni kerana beliau banyak orang view mengenai beliau kat entri saya yang INI INI.Dan ini menyumbang trafik yang agak baik buat blog saya.Dah macam menumpang populariti Dato LCW pulak kan..hakhak..

Yang paling saya hairan ada jugak yang carik LEE CHONG WEI GIRLFRIEND kat blog saya..Mohon jangan salah paham ye..Saya bukan girlfriend Dato LCW.haha..Ni mesti gara-gara tercetus berita katanya Dato LCW nak melangsungkan perkahwinan tahun hadapan..Maka,seperti biasalah  semua  ingin tahu siapakah wanita yang bakal di kahwini oleh Dato LCW.Kalau nak tahu siapa,mohon esok tanya Dato LCW kat airport setelah beliau sampai dari London..Bukan saya okey..hakhak

      


Untuk Dato Lee Chong Wei anda tetap Wira di hati kami semua kan kan(^_^)

             

Terima kasih sudi baca..

Credit pic:(SUMBER)

     

Sunday 5 August 2012

Bangga Dengan Dato Lee Chong Wei

Assalamualaikum..

Malam ni betul-betul sedih amat..hukhuk..Sedih dan sedih..Ini semua gara-gara tengok Dato Lee Chong Wei kalah main badminton..Serius sedih tengok Dato Lee Chong Wei main bermati-matian demi merealisasikan impian emas Negara.Tapi,nasib nasib tak menyelebahi beliau..Bukan rezeki beliau kan..Walaupun pahit untuk menerima tapi nak wat macam mana kan..Harus terima jugak..Dah lah Olimpik terakhir beliau..Lepas ni siapa lah lagi pemain Malaysia yang dapat menandingi Kehebatan Lee Chong Wei selepas ini..

Serius masa dah set 3 20-19 dah takut gila sampai lari tempat lain nak tengok..Hukhuk..Betapa liat nya Lin Dan untuk di kalahkan.Beliau dah berusaha sehingga ketitisan keringat yang terakhir.Siapa lah yang ingin kalah kan.Tapi itulah adat ada yang menang dan kalah.

Apa-apa pun Dato Lee Chong Wei tetap kebanggaan kita semua..Penyumbang pingat pertama Olimpik London 2012.Malaysia Boleh!!

           
                 Lee Chong Wei ternyata kecewa..

           
                 Di tenangkan oleh Jurulatih beliau
       
           
                Anda Wira Kebanggaan Negara!!

         


Credit Pic:(SUMBER)dan(SUMBER)
         

Saturday 4 August 2012

Santai:Panduan Cari Isteri?

Assalamualaikum..

Hari ni betul-betul daku dah ketandusan idea..Hakhak..Puas dah pikir..namun tiada sebarang idea yang kunjung tiba..Nasib lah ada satu benda ni,macam menarik je nak kongsi..Rasanya sekadar untuk hiburan je kot,,hahaha..Yelah,rasa macam merepek je banyak dari betul..Tapi,bila baca-baca balik ada betulnya jugak..kan kan kan,,

Walaupun tajuk nye panduan cari isteri tapi rasanya boleh je kontra kan untuk suami jugak..Hoho..Tapi tak semua mungkin..Apa-apa pun enty ni santai-santai saje..Jangan ambil serius pulak ye:P


Harap-harap esok adalah idea untuk menaip..Kekadang otak ni ada ideaje..tapi tak terluah..err..Okeylah korang.happy blogging(^_^)



Saya Nak Kad Raya

Assalamualaikum..

Malam ni nak join segmen oleh CCI.Terpandang kan kad raya yang sangat comel ini lantas membuatkan saya terus ingin join..Syarat pun mudah ..So,tanpa fikir 25 kali..terus join..hakhak..Kalau korang nak join jugak,klik-klik link bawah tu okey..

            
                 KLIK UNTUK JOIN

TARIKH TUTUP: 5hb OGOS, 2011 jam 9.00 malam

Harap-harap CCI pilih saya ye  tau tau,hakhak..(^_^)

Friday 3 August 2012

Renungan Jumaat # (Bersangka Baik)

Assalamualaikum..

       


credit:ustaz Don

Renung-renungkan(^_^)

Thursday 2 August 2012

Keyword search pelik..siapa syakirah?

Assalamualaikum..

Malam ni kan tangan ni kan gatal tetiba nak buka tang search keyword..Nak juga tau apa yang orang carik kat blog ni..Hakhak..So,cek kat Nuffnang dan blog lah kan..Then,yang pelik ada orang carik SYAKIRAH..siapa kah syakirah itu?Saya bukan SYAKIRAH..saya Akma okey..haha..pelik sungguh la..Masih tertanya-tanya siapakah Syakirah yang di cari?hoho

         

Tu belum lagi yang lain-lain..last week kot ada orang carik klinik senang bagi cuti sg buloh.Haha.Ada yang nak beli MC berbayar eh..tak mau tak mau..hehe.Ni mesti gara-gara sebab pernah buat enrty pasal keje part time kat klinik sg buloh dulu..Selalu macam tu lah kan..mesti ada kaitan..sangkut paut orang nak carik..



Sebenarnya banyak lagi keyword yang di rasai pelik dan sensasi..tapi simpan dulu..biar panas..baru hot..ye dak..haha..So,amacam korang punya search keyword?ada yang pelik-pelik?
          

Apa itu Buffered Earning Nuffnang dan tips untuk mendapatkan BE?

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi sedikit mengenai Apa itu Buffered Earning Nuffnang?Memandangkan ada yang bertanya saya pasal BE,BE tu macam mana eh?Sebenarnya saya nak jawab pun tergagap-gagap je..haha.Almaklum bukannya expert pun dan lagi satu saya ni jenis faham sesuatu tu tapi susah nak terangkan..Boleh jadi orang tu faham sikit terus tak faham langsung..Teruk bukan?hakhak..

So,untuk mendapatkan dengan kata yang lebih mudah dan senang untuk di fahami bagi yang belum tahu apa itu Buffered Earning boleh tengok kat bawah ni..Rasanya memang senang untuk di fahami..Jom lets check it out Apa itu Buffered Earning Nuffnang?
Buffered Earning (BE) ni adalah suatu campaign NUFFNANG yang akan terdapat satu column lagipada bahagian atas yang di namakan BE. BE ni merupakan campaign yang berbeza sama sekali dengan campaign iklan biasa. Sekiranya dapat BE ini duit masuk lebih banyak berbanding dengan campaign iklan biasa.
Anda akan mendapat BE sekiranya ada pihak pengiklanan yang berminat untuk sewa blog bagi meletakkan iklan mereka dalam tempoh yg tertentu. Contohnya, anda dapat BE VW Hari Raya 2012. Iklan ni akan selalu keluar dalam blog anda dan incomenya memang terbaik sekiranya blog anda mempunyai traffic yang terbaik. Apabila sampai suatu tempoh BE ni akan stop dan bertukar menjadi Metered Earning (ME).
Untuk mendapatkan BE ni memang saya akui agak susah..Dulu tunggu selepas hampir 2 bulan barulah first BE saya dapat dekat SINI.Sampai hantar tiket segala kat Nuffnang macam mana nak dapat BE kan..So,setelah follow diorang punya tips tu memang agak menjadi la nak dapat BE tu..Antara tipsnye ialah:
  • Kena lah isi bahagian survey selalu dari masa ke masa kat column tinjauan biodata 
  • Kena isi ketiga-ketiga ruangan iklan.Kemungkinan untuk di pilih pihak pengiklan adalah tinggi
  • Status keahlian Glitterati adalah satu juga kelebihan untuk blog kita di pilih pengiklan.
  • Jangan menduakan Nuffnang..Ini paling penting..
Korang boleh baca lebih lanjut tips untuk dapatkan BE Nuffnang tu dekat SINI.Harap-harap dapatlah membantu ye..Saya pun baru-baru je Nuffnang ni pun..Sebenarnya memang susah dan teramat susah nak dapat BE ni.Kena banyak bersabar..hikhik..Korang nak dapat BE tu pandai-pandailah bodek Nuffnang eh..Ayat hantar tiket tu kasi baik punya.hakhak

          

Thank to:(Bulan Purnama)

Wednesday 1 August 2012

Giveaway : Saya Nak Kad Raya

Assalamualaikum..

Malam ni tetiba jadi rajin nak join segmen..Hakhak.So,dengan rasa rajin nya nak join segmen dari Miss Z.Lama dah di pelawa untuk join..tapi hari last sebelum segmen nak tamat barulah saya sempat nak join..So,segmen ni syarat agak senang je..Miss Z suruh buat pantun..

                     miss Z berceloteh
                              KLIK UNTUK JOIN
         

Pergi ke pekan membeli sejadah,
Pergi nya saya tanpa di suruh,
Lantas Sepuluh jari di susun indah,
Tanda maaf dipinta dari jauh.

Sebulan berpuasa mengerah tenaga,
Syawal kini tiba untuk di meriahkan,
Ketupat rendang menjadi hidangan seisi keluarga,
Selamat Hari Raya Saya ucapkan.

Aih-aih,,baru dua rangkap pantun dekat setengah jam pikir..Tu pun ayat pantun tunggang terbalik.Hahaha.Harap Miss Z sudi terima ye pantun yang entah tak nada kot..hehe.Hentam-hentam je ni ye Miss Z..

Tamat : 02/08/2012, jam 5 petang



Wordless Wednesday 18# Ponteng Puasa

Assalamualaikum..


Apa Kata Anda?


P/s:Dalam proses masukkan  bloglist Ogos(^_^)

Credit:Harian Metro

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com