Tuesday 21 October 2014

INTERVIEW KERJA DATANG MEMANGGIL

Assalamualaikum..

Actually,dah 5 bulan aku habis belajar dan 5 bulan juga aku jadi penganggur tegar. 5 bulan dah berlalu,akhirnya minggu lepas aku gigihkan diri jugak carik kerja..dah puas tanam anggur tak ada hasil kat umah ni kan..kihkih..JobMalaysia dan Jobstreet jadi platform tempat aku carik kerja.Carik punya carik,last week aku dapat call dari STANDARD CHARTERED,diorang suruh jawab soalan online sebelum di interview.Fuhh soalah weyh giler mencabar.ada limit pulak tu masa menjawab..berserah je lah result macam mane pun kan..

Then,minggu ni Isnin semalam tengah hari dapat call dari HR DEPARMENT CELCOM,aku di panggil interview untuk SL1M CELCOM AXIATA.


Dan yang paling sedih interview celcom ni clash dengan inteview AIA PUBLIC TAKAFUL pulak.macam mana nak wat ni.Dua-dua memang aku minat..sampai tengah malam ni pun aku masih dilema sebab tak tahu nak pilih yang mana .


Petang semalam tengah pening punya pening HR DEPARTMENT PUBLIC BANK call.Cakap aku di invite untuk interview jawatan Management trainee.Fuhh giler lah kan memang excited bile dapat kena panggil interview.Excited pun aku takut jugak sebab orang cakap susah interview bank.So,aku dengan semangat terus carik tip untuk interview ni.mana yang ada tip tolong share ye..


Lastly minggu ni pada hari Jumaat aku dapat interview dengan AEON CREDIT untuk jawatan Credit Assestment Officer..ada tak sesiapa yang pernah interview dengan AEON mohon share okey ke tidak jawatan ni?



Dan sebenarnya jugak,sebelum ni aku dah tolak 3 peluang interview..hukhuk.sebab time tu aku lewat cek email offer interview dan di sebabkan masalah-masalah lain jugak.


Dan yang paling aku rasa rugi aku tak pergi interview dengan ETIQA TAKAFUL hukhuk sebab takaful adalah salah satu bidang pengajian aku.Aku harap lepas ni aku lebih alert untuk cek email supaya tak rugi lagi macam ni..hukhuk..

Apa-apa pun kawan-kawan,doakan aku dapat menghadapi interview dengan mudah dan lancar.Harap-harap sangkutlah salah satu kerja yang aku pergi interview ni.dah puas tanam anggur takde hasil.hihihi..



Sunday 19 October 2014

Niat jadi Blogger Tegar Semula..

Assamualaikum..

Lama dah tinggal blog yang serba pink ni.sesungguhnya diri ini amat rindu untuk berblog .rindu nak blogwalking,join contest bagai,rindu nak komen-komen segala macam.aihh.tapi apakan daya niat tak kesampaian lagi untuk kembali aktif .bilalah boleh wat comeback dengan semangat yang baru dan idea-idea yang bernas untuk blog yang dah terumbang-ambing ni.Dan satu persoalan yang bermain di fikiran aku,agaknya ada lagi tak blogger yang masih ingat akan blog pink ni.?tanya macam blogger famous plak kan..hihi..

Lat but not least,Doakan aku kembali menyertai dunia blogger dengan semangat yang baru dan idea-idea yang berkembang pesat..Happy Blogwalking Guys~


 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com