Wednesday, 30 May 2012

Cara Mengawal Kemarahan

Assalamualaikum..

Di keheningan malam ini,ingin saya berkongsi sedikit cara bagaimana MENGAWAL KEMARAHAN..Sesungguhnya perasaan marah itu datang tatkala kita tidak dapat mengawal tahap emosi yang gundah gulana..Pasti setiap di antara kita mempunyai perasaan marah..Cuma cara marah itu berbeza mengikut individu..Sebenarnya perasaan marah ini,harus di kawal agar tidak mendatangkan perkara-perkara yang tidak di ingini..So,di kesempatan ini,saya ingin kongsikan dengan korang semua..Jom baca cara-cara di bawah ini:


1. Sebelum melepaskan kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2. Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda melepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3. Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4. Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5. Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6.Bawa bertenang seperti menarik nafas.

7. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang. 

9.   Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) 

10. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim) 

11. Langkah terakhir memerlukan permintaan maaf kepada orang yang Anda telah marah kepadanya. Dengan membiarkan pergi kebencian dan melepaskan tujuan balas jasa atau ganti rugi, Anda akan merasakan bahwa beban berat berupa kemarahan telah terangkat dari pundak Anda.

               

Korang ada lagi cara nak kawal marah?boleh share dengan komen kat bawah ni(^_^)

Credit to:Qitori & Dr Shengal


11 kaki blogger komen:

لين Si Pipi Merah said...

ana kalau maghah dok dendiam jek.. huh!
:P

Cik Fie said...

100++ DAH JOIN GA SAYA . KORANG BILA NAK JOIN ? CEPAT JOIN !! :D http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/peserta-random-giveaway-by-cik-fie_26.html

Raimi Syazwan ♌¹³ said...

Wah..
Bagus tip2 untuk anger management ni. Marah ni sgt bahaya!
Erm..
Sy nk kongsi info tambahan
♌¹³: Marah ialah Api

Sheila Eiman said...

tips yang berguna ni...
thanks awak:)

Ryu on ahsfantasy24.com said...

marah itu api, sabar itu siraman salju ^^.

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

tips yg menarik darling !

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

tips yg menarik darling !

emeliena said...

Kalau Eme marah sangat-sangat.. Mula lah nak menyepikan diri. Lepas tu makan aiskrem banyak2. hahaha ;p

TanpaNamaDer said...

no 7 tu selalu gak aku praktis huhu

rAIHan said...

info yg sangat bagus..=)

Michelle Hopell said...

no 6, 7 tu jugak la .. hehe~

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com