Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum ..

Seperti yang kita tahu setiap 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru yang pasti di sambut bagi mengenang,menghargai,dan sebagai penghargan buat guru yang telah banyak berbakti kepada anak bangsa.Tanpa guru siapalah kita yang kini mampu bergelar seorang insan yang berjaya dalam hidup.

Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua Guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya terutama buat Guru-guru di:

  • Sk Pontian,Pahang
  • Sk Bandar Endau,Johor
  • SMK Ungku Husin,Johor
  • SMK Seri Kundang,Selangor
  • SMK Bukit Gading,Selangor
Sesungguhnya jasa-jasa cikgu amat saya kenang dan tidak akan di lupakan sehingga hayat di kandung badan kerana tanpa curahan ilmu daripada cikgu semua mungkin saya tidak mampu bergerak sehingga ke hari ini dalam merealisikan impian dan cita-cita..




Kenangan semasa di tingkatan adalah paling best dan sangat meninggalkan kesan mendalam.Yelah dengan tiket STPM lah saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Walaupun orang cakap tingkatan 6 ni susah,tapi jika kita minat dan usaha pasti ada kejayaan untuk kita.So,hari ni nak tribute kat cikgu-cikgu form 6 saya..
  • Puan Zainab telah membuat kan saya bangkit menjadi seorang yang sangat berani walaupun kadang-kadang gementar itu ada tapi tidak seteruk dulu.Saya ingat lagi kata-kata cikgu yang ini.Kalau lah macam ni awak,tak ke mana lah jawabnya(maksud cikgu saya ni dalam kelas diam je,tak berani bersuara,kurang keyakinan).Tapi,alhamdulillah saya ambil kata-kata cikgu sebagai pembakar semangat..Kini saya berani berdiri membuat presentation di hadapan orang ramai..hikhik
  • Puan Rahayu bagi saya seorang ibu yang sangat ambil berat terhadap anak didiknya.Cikgu yang banyak support saya untuk terus kekal maju ke hadapan.
  • Puan Salina telah membuat saya sangat jatuh kecintaan dengan Geografi.Akhirnya saya dapat pelajar terbaik Geografi Stpm Peringkat sekolah.Cikgu,,saya sangat bangga even apa yang saya belaja sekarang tak de subjek geografi.Tapi geografi selamanya di hati.
  • Cikgu Mat.sangat cool dan steady,tak pernah marah-marah.Cikgu sangat sabar menghadapi kerenah kami..
  • Puan Rosnim dan Puan Sarinah asyik perhatikan saya dalam kelas sebab saya tak suka makro dan mikro.lagi-lagi ada kira-kira memang saya tak boleh pergi jauh.Tapi Diorang tetap ajar saya dari saya tak minat langsung jadilah minat sikit-sikit.Buat nota cantik-cantik..Dapat pujian kot..Haha.Cikgu,nak tau tak?kat UUM ni saya kena ambil sujek Makro dan mikro lagi..Saya rasa nak nangis.Sape nak ajar saya sebaik cikgu berdua ajar subjek ekonomi..hukhuk..
  • Lastly,Puan Khadijah cikgu MUET saya.Cikgu pun sangat baik..Tak pernah marah-marah kitaorang.Yang penting cikgu sangat lovely like fair & lovely..hikhik..
SELAMAT HARI GURU
 ‎"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

4 kaki blogger komen:

Sherwieyna Muzzawer said...

alamak lupa lah hari ni hari guru..huhuhuhhu..;P

Sherwieyna Muzzawer said...

alamak lupalah hari ni hari guru..hehehe

lynn kamarul said...

selamat hari guru ... hehe x sempat nk buat entri

rAIHan said...

tanpa guru siapalah kita..

jemput singgah,
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/terima-kasih-cikgu.html

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com