Tuesday 31 July 2012

Mencari Bloglist Ogos

Assalamualaikum..

Malam ni mood baik dan rajin,,hehe,,Jadi,saya nak mencari beberapa lagi blog untuk di masukkan ke Bloglist Ogos saya..Kalau ada yang beminat nak masuk Bloglist Ogos saya cara nya mudah dan senang sahaja.Hanya perlu komen di entry ini..Tinggal kan link blog anda dan automtik anda akan di masukkan ke bloglist saya..

Kelebihan berada di bloglist saya:
Mulai bulan Ogos,yang telah di senaraikan,teramatlah bertuah sebab setiap hari saya akan singgah ke blog anda,komen entry terbaru anda dan akan klik-klik iklan Nuffnang,churp-churp dan seangkatannya di blog anda.Tapi ia bergantung juga kepada masa yang ada okey..

Jadi kalau berminat cepat-cepatlah komen entry ini okey..Hakhak..Siapa cepat dia dapat,siapa lambat dia tak dapat..haha..Acah je..Saya menerima komen-komen anda sehingga jam 10 pagi esok sahaja okey(^_^).So tunggu apa lagi..cepat-cepat..hehe

Sebelum tu,Actually,hari tu saya dah dapat 44 orang blogger untuk Bloglist Ogos dekat BLOGLIST OGOS ini..So,yang dah tersenarai tu tak perlu join dah..hehe..Okey..pada yang tak dalam list lagi..Tunggu apa lagi..cepat-cepat..hehe..Klik SINI untuk lihat list Bloglist Ogos..


         



Rezeki Raya:Buffered Earning Nuffnang Lagi

Assalamualaikum..

Hari ni hati saya sangat gembira dan gembira lagi..Ye sesungguh nya sangat gembira tidak terkata..Semuanya gara-gara Nuffnang yang sangat baik hati dan murah hati dengan saya sejak-sejak 2-3 minggu ni..

Kebiasaannya pagi-pagi macam ni saya akan cek akaun Nuffnang.Then,yang gembira nya tadi cek earning dan cek punya cek akhirnya saya gembira sebab kat bahagian BE tu dah bertambah satu  Buffered Earning Nuffnang..Kali ni saya dapat BE  VW HARI RAYA 2012.
       

Dua buffered Earning lagi iaitu Digilympics dan Unilever Sunsilk Savana masih lagi berjalan dan menjadikan keseluruhan 3 Buffered Earning sedang berjalan di blog ini..Terima kasih Nuffnang sebab baik hati dengan saya..Hakhak..

So,macam biasa eh..kita dah janji-janji kan..hikhik..Kalau korang nampak iklan VW Hari Raya 2012 tu klik-klik tau..Nanti kita kita klik-klik awak punya plak okey ..hehe..Kalau tak silap iklan  VW Hari Raya 2012 tu iklan yang kat bawah ni..So,kalau nampak iklan ni kat dalam blog saya kalau rajin klik-klik lah tau tau..hehe..



Nampak gayanya hari tu saya cadang nak cashout Nuffnang tapi dah tak jadi..Mengambil beberapa pandangan dan alasan rasanya simpan dulu lah kan..Okeylah,saya nak ucap terima kasih dan terima kasih kepada semua yang rajin klik-klik iklan Nuffnang saya..Jasa anda amat di hargai(^_^)
       

Monday 30 July 2012

Fakta Blog Saya

Assalamualaikum..

1)Blog saya terhasil dari Satu assigment pada semester lepas iaitu untuk subjek Aplikasi Pengurusan dalam komputer..(STID 1103) di mana semasa itu 10 entry dalam English di kehendaki..

2)Blogger pertama yang komen di entry saya ialah blogger MK Hakimi iaitu di entry yang INI

3)Blogger yang memberi saya inspirasi untuk giat bersegmen ialah blogger IEQAH GAJAH iaitu di entry yang INI..

4)Segmen yang mula-mula di sertai ialah segmen dari blogger HAZWAN HAIRY iaitu Segmen Pencarian Bloglist April Hazwan Hairy

4)Dua benda dalam blog yang bukan hasil tangan sendiri adalah header dan banner..Header hasil tangan blogger BUNGA HATI MAMA dan banner itu saya lupa siapa yang buat..errr..ingatan kurang..Nanti kalau ingat akan di faktakan semula..yang pasti bukan saya yang buat..

5)Jumlah komen terkumpul di semua entry setakat ini ialah Sebanyak 4297 sahaja..

6)Blogger famous amos  iaitu YUYU ZULAIKHA pernah datang singgah ke blog ini dan komen entry saya.Kalau tak percaya klik dekat SINI SINI..hakhak..

7)Baru berblog lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu 12 Ogos genap lah usia blog ini 5 bulan..
Fakta:Header pertama blog saya hasil tangan sendiri..Huduh..mohon jangan gelak..hahahaha

Rasanya tujuh ni dulu fakta yang dapat di beri..bersesuai lah dengan bulan 7 kan..hehe..Apa-apa pun terima kasih,dan terima kasih kerana sentiasa datang ke blog saya..Sokongan anda semua amatlah di hargai..


Sebelum tu jom terjah blog SI KACAK dan SI MANIS ini..Blog pilihan saya untuk hari ini(^_^)

Sunday 29 July 2012

Aaron Aziz berbuka bersama saya

Assalamualaikum..

Korang nak tau?mesti nak tau punyalah kan..hehe..Tak lama lagi saya kan kan nak berbuka puasa bersama Aaron Aziz..Hehe.Seronoknya lah.tak sabar tak sabar..Mohon jangan jeles mahupun cemburu ye..haha..

Korang nak tau tak yang sebenarnya kan kan kan ..ayat kat atas tu adalah dusta semata-mata..hehe.saja nak kasi gempak..err,korang rasa gempak tak?gempak la sangat kan..hehe..Malam ni saje menghilangkan boring dengan dengan test segala application kat facebook....gitu la jadi nya bila kebosanan melanda..Haha..Saje nak suka-suka ..tak salah kan tak salah kan..hehe.Then,try la satu application ni.Application mengenai artis yang akan berbuka puasa bersama..

Wow..serius senyum-senyum dah ni bila dapat Aaron Aziz nak berbuka kat rumah.haha.Alangkah best kalau betul..hehe..Tapi apakan daya hanya mampu berangan sahaja..hehe

       

Ada yang nak try ke?mesti ada ni..kan kan..hehe..Kalau nak klik je kat :
http://www.facebook.com/BlogYanaYassin?sk=app_205442112918579

Masa Untuk Cashout Nuffnang

Assalamualaikum,,

Setelah semalam tiada satu entry yang terhasil,maka hari dengan rajin nya gagah kan diri menaip juga..Mood blogging semalam agak kekurangan .Dengan masalah follow yang tidak boleh lagi sehingga kini membuatkan saya menjadi kurang mood memikirkannya..Err,apa apa pun terima kasih yang komen entry di SINI SINI.masalah nak follow orang tu memang tak bole di atasi lagi.hukhuk.

Okeylah,kembali semula kepada tajuk entry ini Masa Untuk Cashout Nuffnang..Saya kini bercadang nak cashout earning NUFFNANG saya yang tak berapa setelah 3 bulan bertungkus lumus dengan rajinnya mencari earning..Hehe..Akhirnya berjaya juga saya melepasi sasaran untuk di cash out kan..Lepas la bayar broadband sebulan dua..hehe..

Actually sebenarnya tadi saja google dulu macam mana nak cashout earning Nuffnang.Almaklum saya pun baru first time nak cashout ni kan..Then,setelah google..jumpalah yang katanya nak cashout Nuffnang adalah paling sesuai bila:
1)Masa untuk cashout yang sesuai ialah pada hujung bulan (pada 27@28 haribulan)
2)Adalah lebih baik kita klik button cashout tu masa akhir bulan.Sebabnya adalah seperti berikut ;
"Nuffnang akan memproses pembayaran kepada kita sepanjang bulan berikutnya. Contoh : Kalau kita cashout pada akhir bulan 7 ni, sepanjang bulan 8 pembayaran kita akan diproses dan kita akan dapat cek pada awal bulan 9. Jika kita cashout pada awal bulan 7, proses pembayaran cek kita tetap akan bermula sepanjang bulan 8 dan kita akan dapat cek awal bulan 9. Kan lagi lama tu nak kena tunggu"
So,saya masih berpikir lagi..Haruskah saya cashout atau tunggu lagi banyak-banyak beribu-ribu..hakhak..Kemain kan..Ratus pun susah nak dapat..Hehe ..Korang rasa macam mana?terutama yang dah banyak pengalaman dengan Nuffnang..Mohon share..hehe..

Sebelum tu nak promot sekali..hehe..Buffered Earning Nuffnang masih lagi berjalan iaitu Digilympic dan  Unilever Sunsilk Savana..Kalau rajin korang klik-klik lah lagi..hehe..Terima kasih..

    

               

Kredit:ceriteras.blogspot & jamaluddin.net

         

Friday 27 July 2012

Jawapan Uji Mata 3 dan Penyenaraian Bloglist Ogos

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak beri jawapan Uji mata 3 hari tu..Maaf ye atas kelambatan memberi jawapan..saje lambat-lambat kasi suprise..hakhak..Macam-macam jawapan yang saya dapat kat SINI.nak gelak pun ada baca jawapan korang..hahaha..jahatnye saya gelak kat orang..hehee..

Actually,jawapan Uji Mata 3 tu adalah seorang lelaki berjambang..Tu je sebenarnya jawapan nye..hehe..Cer korang tengok betul-betul..

            

Dan bagi awak,awak dan awak semua yang telah menjawab di uji mata 3 itu..anda semua akan di senaraikan bloglist Ogos saya..Tak kira jawapan anda betul mahupun tidak..Semuanya akan masuk bloglist Ogos saya..

Suka tak suka tak?hehehe..kalau suka angguk..kalau tak suka pun angguk..hahaha..So,nak tau siapa yang telah di senaraikan..Silalah merujuk link entry BLOGLIST OGOS PECINTA PINK..

Mulai bulan Ogos,yang telah di senaraikan,teramatlah bertuah sebab setiap hari saya akan singgah ke blog anda,komen entry terbaru anda dan akan klik-klik iklan Nuffnang,churp-churp dan seangkatannya di blog anda.Tapi ia bergantung juga kepada masa yang ada..So,mohon korang rasa bertuah okey..haha..

Untuk makluman juga,Bloglist Ogos merupakan gabungan mereka yang menjawab di TEKA UJI MATA dan UJI MATA 3..Jadi tunggu apa lagi terjah link DI SINI untuk tahu yang telah tersenarai dan kalau rajin bolehlah blogwalking ye..tambah-tambah kawan..Okey..itu sahaja..sekian dari saya...


P/s:1)Ada 4 atau 5 orang yang tak dapat di kesan detail untuk di listkan
    dlm senarai bloglist..jadi,mohon maaf terlebih dahulu..
   2)Bloglist Ogos akan dimasukkan mulai 31Julai..

Siapa Tahu kenapa jadi macam ni?

Assalamualaikum..

Nak tanya korang semua ni..Korang ada masalah tak nak follow orang?Saya menghadapi masalah nak follow orang dari semalalam lagi..Ingat kan semalam blog problem ke apa.saje biar kan dulu tak nak tanya..Tapi hari ni,rupa-rupanya..still sama lagi..

Bila tekan button klik dia jadi macam gambar kat bawah ni..Nama dan photo tak kuar..Selalunya bila nak follow akan ada detail kita kan..Puasa dah fikir ni..Masalah apakah?Adakah saya tak boleh follow orang sudah?Grrr..Minta tolong siapa-siapa yang tahu,tolonglah insan yang tak tahu ni..hikhik..Puas da pikir ni..


Harap-harap adalah yang tahu sudi memberitahu saya..Saya nak follow memang tak boleh..hukhuk..So,pada sesiapa yang dah follow maaf ye..memang tak boleh follow semula lagi untuk masa ni..Nanti dah okey dah tahu kenapa saya follow-follow la ye..

Terima kasih(^_^)

Thursday 26 July 2012

Saya masih boleh bersabar..anda bagaimana?

Assalamualaikum..

Wah..tajuk kemain lagi kan...Hot tak?hot tak?haha..hot la sangat kan..kihkih..Sebenarnya tak tahu nak kasi tajuk apa yang sesuai..So,hentam jelah tajuk tu..nampak macam best je..hehe,,Actually,sebenarnya dah lama nak post entry ini..tapi asyik di tunda dan di tangguh..So,rasanya tak perlu tunda lagi dah ni sebab makin lama makin banyak pulak benda ni terjadi..

Entry ini sebenarnya di buat bagi meminta kerjasama anda,anda dan anda semua supaya tidak meletakkan link iklan churp-churp,say dan seangkatannya di ruangan shoutbox..Saya ni orangnya,Insyaallah selagi termampu akan membalas jejak yang di tinggalkan di shoutbox.So,bila syok-syok nak terjah..Aih,aih..ke link iklan yang di maksudkan plak..Saya tak kisah kalau korang nak suruh klik-klik tu tapi biarlah pada cara yang betul.Baru fair dan square kan..Saya pun suka klik-klik ni..Paling suka klik-klik iklan NUFFNANG..Hakhak..

Saya juga sebenarnya tak nak lah sampai buat entry kan..tapi terpaksa sebab sehari dua ni dah banyak terkena..Ada sekali tu kena spam apa entah..pun bukan faham sangat,,Dah kena blacklist tak boleh shout kat satu blog tu..kesian tau tau..

Setakat ni,saya masih lagi boleh besabar..senyum-senyum je taip entry ni..hehe..Lepas ni tak mau tak mau dah ye letak link iklan dan spam segala tau tau..Deal tau..hehe..So,korang semua mesti pernah kena kan terutama yang ada shoutbox tu..Masih boleh bersabar ke tidak?hikhik

               


P/S:Result exam dah keluar dengan selamatnya tadi..Alhamdulillah meningkat walau tak banyak(^_^)Yang penting lega...

Follower vs Reader sama penting?

Assalamualaikum..

Firstly,saya nak ucap terima kasih tak terhingga buat Niera,Sally Yatiey,Siti Naqiah,Trah Zain,The Malay Male,Mizz RFL,Cik Keyrah,Amin stress,Mrs AFH,Yumida,Nick Nashram,Roslan Putra,Haz,Adik Ika,Asyiqin Haulisah,Ajib,Babycomel,Leeza,Cik Yaya,Mujahidah,Kak Aisya,Kak MsVelentine,Dylla Abas,HanaNabilah,Momo,Idizz 89 dan Emma sebab dengan komen-komen membina anda semua dekat SINI saya kini dapat mengurangkan segala kestressan saya..Yang kini tinggal hanya debaran menanti..hukhuk..

Sebenarnya,entry kali ni nak taip menaip mengenai follower vs reader..Bagi saya sendiri follower dan reader sama penting..Kenapa saya cakap macam tu?

1)Contoh terbaik adalah nama-nama yang saya listed kan di atas..Mereka adalah follower..dan mereka adalah reader blog saya..Tanpa mereka tidak mungkin saya akan menerima komen-komen membina yang membuatkan saya sentiasa bersemangat..

2)Tanpa follower mungkin sesebuah blog itu tidak dapat di ketahui kewujudannya..Yelah,kalau takde orang follow macam mane nak tahu sesebuah blog itu wujud..lagi-lagi blog baru macam saya ni..Bila orang follow mungkin diorang tahu kewujudan sesebuah blog..Kemungkinan mereka untuk membaca blog kita pun tinggi..

3)Tapi,ada juga yang cakap kalau follower je beribu-ribu..tapi,reader nya tak de pun tak bole jugak kan..Yelah,penat kita taip panjang-panjang tak de orang baca mesti sedih kan..Hasil kita orang tak pandang..

So,itu lah pandangan saya..Setiap orang ada hak untuk mengemukakan pandangan masing-masing kan..itu pandangan saya..Pandangan anda bagaimana?hakhak..

Lastly,terima kasih pada semua yang sudi jadi follower blog saya dan sudi membaca hasil nukilan saya yang tak seberapa..teruskan lah membaca.sokongan anda sentiasa di perlukan..Terima kasih(^_^)

             

Wednesday 25 July 2012

Serius Risau,risau dan risau..

Assalamualaikum..

Entah kenapa lah hari ni rasa serba tak kena je..risau dan risau..cuma tu je perkataan yang mampu keluar dari mulut tatkala ini..grrrrrrrr..Serius risau amat ni..Jadi tunggang terbalik mood blogging hari ni.Bukan mood blogging je segala jenis mood memang tak de ni..Rasa gundah gulana je hati ni..hukhuk..

Ini semua gara-gara debaran menanti Result Semester 3 yang katanya bakal keluar esok..Serius risau tambah takut..sebab sem 3 yang lepas paling susah..teramat susah sekali..aduhhhhhhh..risaunya..tak tahu nak luah kat siapa kerisauan ni..sebab memang saya jenis simpan sahaja kerisauan ini..Tenang di luar di dalam usah kata lah..Mujur ada blog yang menjadi ruang saya meluahkan perasaan kerisauan ini..da macam ape entah duk bayang result esok..huaaaaaaaaa..


          
          Beginilah saya saat ni kestressan mula melanda..grrrrr,,
           
P/S:korang doakan saya moga dapat result yang baik-baik je nanti,,hukhuk

Wordless Wednesday 17# Rencah Dunia

Assalamualaikum..


Renung-renungkan...

Tuesday 24 July 2012

Awas Mercun

Assalamualaikum..

Bila je tiba musim perayaan,mulalah kedengaran bunyi mercun tak sudah-sudah..tak henti-henti..sambung menyambung..Macam tadi,tengah orang azan maghrib nak berbuka pun sempat lagi nak main mercun..Aih,yang jenis macam saya ni pulak jenis tak boleh terkejut..Dek dengar bunyi tu,mula lah geram..Tu belum lagi yang subuh-subuh hari..orang tengah terawih semua dok main mercun..

Actually,dulu time kanak-kanak keriangan dah ada memori pahit dek kerana mercun..tu yang emosi bila sebut pasal mercun ni..hukhuk..Dulu time kanak-kanak keriangan pernah sekali main mercun naga yang hampir meletup kat tangan nasib baik sempat campak..Kalau tak jari mahu putus..hukhuk..Tu belum lagi sepupu duk main bunga api tuju kat baju kurung..Habis terbakar..Nasib sikit je kena..Kalau banyak mahu rentung kot..hukhuk..Lepas daripada tu memang serik nak main mercun.

Main mercun ni memang merbahaya..Keselamatan memang boleh terancam..Saje google image cari gambar kesan main mercun..memang seriau tengok..Jadi dengan ini daku mempersembahkan gambar yang memang takut kot...semoga lepas tengok gambar-gambar ni yang dah pasang niat nak main mercun jangan main okey..hakhak..bukan apa kekadang tengok yang dah besar panjang mengalah budak-budak main mercun,,

        

        

Gambar-gambar ni semua kes tahun-tahun sebelum ni..Harap-harap tahun ni tak delah kes teruk macam ni..Katakan tidak pada mercun!!

        
                    awas mercun!!

Bloglist Ogos Pecinta pink(^_^)

1)http://dhiaadawiyah.blogspot.com/
2)http://bebyyellowshiteru.blogspot.com/
3)http://chocolateholic4eva.blogspot.com
4)http://zaxx-in-da-house.blogspot.com/
5)http://fiqracake.blogspot.com/

6)http://krilmohd.blogspot.com/
7)http://dariilhamkehati.blogspot.com/
8)http://pseudosupra.blogspot.com
9)http://cikdayaconan.blogspot.com/
10)http://ahmadwawan.blogspot.com/

11)http://msvelentine.blogspot.com/
12)http://sukacakapsorang.blogspot.com/
13)http://www.hazwanhairy.com/
14)http://umikasum.blogspot.com/
15)http://farraprincess.blogspot.com/

16)http://faulinanina.blogspot.com/
17)http://elqashrinqaisara.blogspot.com/
18)http://damnright-welcomestalker.blogspot.com
19)http://ikapukpuk.blogspot.com/
20)http://elymirsada.blogspot.com/

21)http://menaipdipapankunci.blogspot.com/
22)http://fafaeha.blogspot.com/
23)http://janganhackakulagi.blogspot.com
24)http://dellinastyle.blogspot.com/
25)http://nanakimie.blogspot.com/

26)http://cekpipahlifestory.blogspot.com/
27)http://babyaimacomel.blogspot.com/
28)http://nyteamlife.blogspot.com/
29)http://eimah2328.blogspot.com
30)http://ayujue.blogspot.com/

31)http://amaturdesign.blogspot.com/
32)http://idizz89.blogspot.com/
33)http://koding-kn.blogspot.com/
34)http://pelangichenta.blogspot.com/
35)http://warungkopiklangz.blogspot.com/

36)http://pkaemerald.blogspot.com/
37)http://yayabunga.blogspot.com/
38)http://cikodahgebu.blogspot.com
39)http://rimausakti.blogspot.com/
40)http://sallyyatiey.blogspot.com/

41)http://arjunapopkorn.blogspot.com/
42)http://santaileeza.blogspot.com/
43)http://hairuliza-anakku.blogspot.com/
44)http://inibelogdeanzofq.blogspot.com/

Ragam Ramadhan:Kantoi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,masuk hari keempat sudah kita berpuasa..Macam mana puasa semua?okey tak..Harap-harap semuanya okey lah ye..Hari ni nak nak menaip pasal Ragam Ramadhan..Actually kalau nak bercerita pasal ragam Ramadhan ni memang macam-macam boleh nak cerita.Salah satunya contoh macam kat gambar bawah ni..

         

Alahai,ada ke yang macam ni lagi..Siang-siang bulan Ramadhan pergi membeli belah makanan terutamanya seorang insan yang bergelar muslim..Siap menyamar bagai,semata-mata nak beli makanan..Itulah sikap segelintir daripada kita semua.Kadang-kadang tengok,budak kecik yang 5-6 tahun lagi senang berpuasa dari yang dewasa..Sungguh memang tak paham..Tu belum lagi nak buka cerita pasal yang dah tahu tak puasa diam-diam sudah lah kan..Perlu ke menunjuk-nunjuk.hukhuk..Entry agak emosi sedikit pagi ni..Bukan apa,hormatilah bulan Ramadhan yang mulia ni kan..

So,harap-harap jangan lah korang macam gambar atas ni..Kantoi tak puasa..kan malu..Tak silap ada dua hari lepas terbaca surat khabar seorang datuk di tangkap akibat tak berpuasa..pergi minum-minum kat kedai..Alahai..

Sekian,terima kasih......


Monday 23 July 2012

Uji Mata 3:Teka Apa yang korang nampak?

Assalamualaikum..

Hari ni saya teruskan lagi sesi uji mata part 3 pulak..hoho..Sebelum ni ada uji mata jugak dekat SINI SINI.So,hari ni sambung lagi sesi uji menguji mata ni..Harap korang sudi di uji lagi mata..hakhak..So,macam biasa apa yang korang nampak dekat gambar bawah ni..


Untuk mendapat keberkesanan lagi sila ikut arahan ini untuk meneka dengan tepat:
*Goyangkan kepala anda ke kiri dan kanan dengan laju baru korang akan nampak imej tersebut.

So,ada yang berani sahut cabaran ini..Kalau ye,boleh tinggal kan komen apa yang anda nampak..hoho.Macam biasa yang sporting menjawab dan teka dengan betul akan ada sesuatu untuk anda..Jadi jangan tunggu lama-lama..jawab jangan tak jawab okey(^_^)

Terima kasih............


       

5 Perkara Jangan oleh Lelaki Kepada wanita

Assalamualaikum..

Tengah hari ni entry ringkas je..Biasalah kekadang idea menaip bukan sentiasa ada kan.hehe..So,ni pun dapat dari muka Buku Ustaz Azhar Idrus..Rasa menarik pulak nak berkongsi dekat sini..Benda baik harus di kongsi kan..



Actually,rasanya Lelaki dengan Perempuan pun kena sama-sama ambil tahu benda ni..Kekadang bukan lelaki sahaja  yang macam selalu bagi harapan..tapi perempuan pun ada je..So,secara telus dan tulus nya rasanya tak boleh salah mana-mana pihak..Baik lelaki mahupun perempuan kenalah sama-sama tahu apa yang mereka lakukan..hoho..itu pandangan saya..

Kalau korang ada pandangan lain boleh kongsi dengan komen entry ni..(^_^)

p/s:Kalau korang rajin dan free like dan komen header saya..terima kasih..

           Pecinta Pink^^
                   KLIK SINI UNTUK LIKE

Sunday 22 July 2012

Ragam Sahur

Assalamualaikum..

Malam ni entry santai-santai sudah lah kan..hehe..Pernah tak puasa sebelum-sebelum ni korang terkena macam kat gambar bawah ni..Terlajak nak sahur..Kalau tanya pada saya of coz memang pernah tahun-tahun sebelum ni..hikhik..tahun ni harap-harap tak lah macam ni kan..Jadi pasti kan tidur awal-awal supaya kita tidak liat untuk bersahur okey..

             

Kalau adalah yang antara kaum keluarga mahupun sahabat jenis susah nak bangun sahur ..amalkan tips-tips kejutkan rakan bangun sahur dekat ENCIK NAKAL.COM.Seriusly,sangat-sangat berguna..Confirm punya bangun..

Paling saya tertarik dengan cara no 3 dan 7..hakhak..nampak sedikit kejam..tapi,pasti akan keberkesanan nye..kihkih..

" ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya.Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri."
"Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang"

So,kalau korang nak tahu lebih lagi tentang tips-tips tu boleh klik SINI.Seriusly,memang senang korang nak bangun nanti..kihkih...So,nak tanya kat korang,kebiasaanya pukul berapa korang sahur? Sudi-sudilah berkongsi ..hehe.,peace(^_^)


Selamat bersahur semua(^_^)

Tajuk Entry Memainkan Peranan?

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama tak buat entry mengenai isu dalam dunia blogging ni kan..Last publish pasal isu dalam dunia blogging ni hampir sebulan lepas iaitu pasal blog Invited reader sahaja..Kalau nak baca boleh klik dekat SINI SINI..

So,hari ni nak taip menaip pasal Tajuk Entry Memainkan Peranan?Sebenarnya,memang jelas lagi nyata tajuk sesebuah entry yang kita publish memainkan peranan.Sebab apa nak tau:

1)Kalau tajuk entry kita best,gempak,mantap gerenti ramai nak baca dan nak tahu..Lagi-lagi kalau korang buat pasal isu semasa,gosip artis...Semua tu ramai je nak tahu kan..

2)Kalau entry best,ramai jugak yang nak komen entry kita..ramai jugak yang nak meluahkan pandangan masing-masing..Contoh entry daku yang berjaya menarik hati ramai nak komen dekat SINI SINI SINI.hakhak..kemain puji entry sendiri best kan..Kihkih..

3)Tajuk entry korang boleh meningkatkan keyword search dekat enjin carian google dan seangkatan nya.Sebagai contoh,ni keyword search daku untuk semalam..Ramai yang mencari pasal bulan Ramadhan..Keyword search ni sangat membantu untuk meningkatkan pageview..Trafik pun meningkat bertingkat-tingkat..


So,setakat ni tajuk-tajuk entry saya tak lah gempak sangat...biasa-biasa sahaja.Tapi,Alhamdulillah masih ada yang sudi membaca dan memberi pandangan..Jadi,setakat ni perkongsian untuk kali ini..Jumpa lagi lain kali..hakhak..peace..

Selamat berpuasa(^_^)


Segmen:Bloglist Ramadhan

Assalamualaikum..

Hari ni agak rajin nak join segmen..So,nak join satu segmen oleh rakan blogger Jebat.Segmen sangat simple dan mudah tak memerlukan masa yang lama..So,harus lah join kan..Kalau korang nak join klik je link kat bawah tu okey..



       
                         KLIK UNTUK JOIN


tarikh tutup: 22/7/2012(11:59 mlm)

Selamat berpuasa(^_^)

Saturday 21 July 2012

Nafsu Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..selesai sudah puasa pertama di bulan Ramadhan 1433h..So,apa juadah berbuka puasa korang untuk hari ni?Adakah semua juadah berbuka puasa habis di makan?Kebiasaan nya di bulan Ramadhan ni,nafsu makan lain macam sedikit..Rasa macam semua nak makan je kan.nak tu nak ni.semua nak..

Sebenarnya tak elok macam tu kan..Bersederhana lah di bulan Ramadhan.Jangan ikut nafsu..Kalau ikut memang semua rasa nak makan.Especially,kalau yang ada pergi bazar Ramadhan tu,jangan beli banyak-banyak sangat sebab kebiasaannya masa berbuka nanti mesti makan sedikit je pun dah kenyang kan.So,Jangan lakukan pembaziran okey..Jangan macam kat gmabar ni..Nak buka puasa dah macam nak kenduri pulak kan..Cukuplah ala kadar..Satu dua jenis lauk kan..

       

So,macam hari ni..saya dan keluarga hanya ada dua je juadah berbuka iaitu Rendang Ayam dan sambal petai sotong.Tambahan lagi,sedikit kuih muih..Tu pun rasa banyak dah kan..

       rendang ayam Resepi Rendang Ayam

       

Gambar-gambar ni ambil kat encik google je tau..Bukan yang sebenar..Tak sempat nak snap-snap pic tadi..Almaklum,ingat nak buka puasa je..Hakhak..Peace..Lastly,Apa juadah buka korang hari ni?Dan satu lagi,berserdehana lah semasa berbuka puasa..Kawal nafsu okey...

     
       

Khasiat Buah Kurma di Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi sedikit info mengenai khasiat kurma di bulan puasa.Seperti yang kita ketahui,buah kurma merupakan sunah nabi ketika berpuasa dan sememangnya juga buah kurma mengandungi khasiat yang tinggi yang juga baik untuk kesihatan kita semua..Jom tengok antara beberapa khasiat buah kurma yang boleh di manfaatkan ketika bulan puasa:

1)Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

2)Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta.

3)Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf.

4)Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding.

5)Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya:

Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. 

Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Jadi,jangan lupa sediakan kurma ketika berbuka puasa nanti ye kawan-kawan..Boleh lah kita dapat khasiat dari buah kurma untuk hari ini..


           


         


Friday 20 July 2012

Perkara Baik Yang Perlu di lakukan sebelum tidur

Assalamualaikum..

Malam ni nak kongsi sesuatu yang amat berguna untuk di aplikasikan dalam kehidupan kita sehari-harian..Kata-kata ini Di petik dari pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Dato' Dr Hj MOhd Fadzilah Kamsah..

          

Credit:(Sumber)

P/s:Selamat berpuasa semua (^_^)

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa buat semua warga blogger..Semoga Ramadhan Kali ini lebih bermakna dan semoga kita dilimpahi keberkatan dari-NYA..


Sama-samalah kita mengerjakan ibadah puasa yang bakal bermula Sabtu iaitu esok dan Yang paling penting lafaz niat puasa mesti ingat..Jangan lupa baca ye(^_^)

          

Terima kasih(^_^)

Credit:Doodle APIT

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum..

Hari ni rasa macam nak join segmen je..Dah beberapa hari tak join segmen..Almaklum line broadband lembap giler akibat kurang pembayaran..haha..So,hari ni bukak dashboard tengok Abang Ben Ashaari wat segmen la..Harus join lah kan..Selalu asyik miss segmen beliau..So,hari ni tak nak miss lagi..Segmen pun simple lagi senang kan..

        BEN ASHAARI
                     KLIK UNTUK JOIN

So,kat sini saya nak menyeru dan menjemput semua rakan blogger untuk bertukar link dengan saya.Insyaallah saya akan blogwalking selalu ke blog korang dan komen-komen entry untuk korang semua..Dan yang paling penting akan update sekurang-kurangnya sehari satu entry..

Jadi,jom-jom kita bertukar link okey..deal(^_^)

Thursday 19 July 2012

Rintihan Hati

Assalamualaikum...

          

Renung-renungkan(^_^)

Wednesday 18 July 2012

Wordless Wednesday 16#Kuih Tepung Pelita

 Assalamualaikum..

Bulan Ramadhan bakal menyapa beberapa hari sahaja lagi..Dan,Ini lah kuih wajib ada kalau saya nak berbuka puasa iaitu Kuih tepung pelita..Kuih kegemaranku selamanya.Kalau bukan bulan Ramadhan susah nak jumpa kuih ni kan..

Sebelum terlupa,Hari ni entry wordless wednesday je ye kawan-kawan sebab ketandusan idea..Kena pergi servis idea dulu..haha

      

      

Korang suka kuih apa?share-sharelah...

Kehangatan Ramadhan semakin terasa(^_^)

Wordless Wednesday#15 Beza Perempuan dan Lelaki

Assalamualaikum..

Hari Rabu tak perlu menaip banyak-banyak..Paling daku suka..hakhak..Apa kata korang?Setuju ke dengan gambar kat bawah ni?Perempuan bersiap lebih lama dari orang lelaki?Betul tak bertul tak?hee..
     

     

Sekian(^_^)

Tuesday 17 July 2012

Bilik Tidur Unik dan Pelik


Assalamualaikum..

Actually tadi saje lah nak google image konon nak cari rekaan bilik yang awesome..Konon nan ubah suai bilik..hakhak..Tapi,lain pulak jadi nya..Google-google punya google image jumpa lah image bilik tidur yang pelbagai memang cantik lagi menawan..Then,belek punya belek daku jumpa lah gambar-gambar bilik tidur yang unik dan pelik ni..

Datang pulak idea nak kongsi gambar-gambar ni kat blog..Lagi-lagi idea pulak tak berapa nak ada nak wat entry..So,memang gambar-gambar ni menyelamatkan blog ini dari tiada entry untuk hari ni..Hakhak..Memang unik-unik bilik tidur ni semua..Rasa-rasanya semua kat luar negara je kot bilik tidur macam ni..Ke ada antara korang pernah jumpa bilik ni kat Malaysia or bilik korang ke macam ni..Hehe..

Especially,gambar bilik tidur no 1 dan no 2 tu,memang superb best lah kalau bilik tidur macam tu kan..hehe..

      
     
      

      

      

      

Rezeki Ramadhan,Buffered Earning Nuffnang Lagi

Assalamualaikum..

Pagi-pagi ni memang selalunya,saya akan merajinkan diri log in Nuffnang untuk tengok trafik blog dan earning nuffnang..meningkat ke atau macam gitu je statiknya kan..Alhamdulillah,rezeki nak menyambut Ramadhan ni,saya dapat lagi satu Buffered earning dari Nuffnang..Kalau minggu lepas saya dapat BE Digililympics..Kali ni saya dapat BE Unilever Sunsilk Savana pulak..





So,macam biasa..kalau korang nampak iklan Unilever Sunsilk Savana tu mohon klik-klik ye..hakhak..Kita kan dah janji nak main klik-klik nuffnang sama-sama kan kan..Kihkih..Terima kasih Nuffnang sebab dah rajin bagi saya BE..BE kelima sejak bulan Mei hari tu.Terima kasih encik Nuffnang ku..hakhak..

Terima kasih juga,kat korang semua sebab sudi klik-klik Nuffnang saya..Saya dah tak sabar menanti detik nak Cashout Nuffnang ni..hakhak..So,korang jangan lupa klik-klik Nuffnang saya tau tau..Nanti kita klik korang punya juga..hee..Peace(^_^)

P/S:Teruskan like dan komen header saya ye..Terima kasih..

                Pecinta Pink^^
                      KLIK SINI

Kelebihan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Tinggal beberapa hari lagi sahaja kita semua bakal menyambut bulan Ramadhan..Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang di nanti-nantikan oleh kita semua yang bergelar umat Islam..Jadi,hari ini ada sedikit perkongsian untuk kita semua mengenai kelebihan bulan Ramadhan..Semoga kita semua sama-sama dapat manfaat

Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Inilah antara-antara kelebihan bulan Ramadhan.Semoga kita semua dapat banyak manfaat di bulan Ramadhan yang bakal berkunjung tiba beberapa hari ni sahaja lagi.So,di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan selamat menunaikan Ibadah Puasa buat semua..

          

Credit:(sumber)

Monday 16 July 2012

Meh Twitter korang..nak follow..

Assalamualaikum..

Actually,saya bukan lah seorang yang aktif bertwitter..Malahan,boleh di kategorikan buta twitter..haha..tak pandai nak bertweet-tweet bagai ni..memang serius tak pandai..tak khatam lagi ilmu twitter ni..Ada je akaun twitter dari tahun lepas,tapi follower entah bape kerat je..yang daku follow pulak semua artis-artis..konon nak retweet dengan artis katanya..tapi..tidak jugak..hahaha..

Tapi,sejak aktif berblog ni..ada pulak yang follow twitter daku..Terharu sungguhlah..padahal kalau nak ikutkan bukak twitter seminggu sekali pun payah kot..Dari follower tak sampai 10 orang..sekarang dah hampir 70 follower..Okey..memang sikit kan..hakhak..Tapi,sangat menghargai,rata-rata semua blogger yang follow..yang sedihnya,daku tak tweet apa sangat pasal blog kat twitter..Masih merangkak-rangkak,tak berapa nak pandai lagi..Almaklum lah..budak baru nak belajar twitter..hee

Hari tu pulak gatal tangan nak follow blogger popular lagi hebat abang BEN ASHAARI..then,tak sangka pulak dia follow balik..suka-suka sangat..hikhik..


So,hari ni mood agak rajin..meh twitter-twitter korang semua nak follow ..Nanti senang kita bertwitter pulakkan..Boleh tweet-tweet hari-hari..hakhak..So,tunggu apa lagi,meh twitter korang semua(^_^)
            

Yang manakah anda?

Assalamualaikum ..

Setelah semalam hampir sehari tak dapat nak online..So,pagi-pagi ni merajinkan diri nak online sebentar..Actually,semalam tak online akibat pintu bilik terkunci dari petang hingga tengah malam..Laptop,handphone dan kunci bilik semua dalam bilik..Bagusnya lah kan..haha..kesian sungguh kat diri sendiri..Nasib lah ibu ada spare kunci bilik..

Akibat kecetekan idea nak post entry apa.hehe.So,saya ambil keputusan nak tanya korang dan korang semua lah kan..Yang manakah antara kedudukan gambar kat bawah tu cara korang menggunakan laptop?Yelah kan,tiap-tiap orang ada cara tersendiri nak dapat kan keselesaan..Baru lah lah best nak online lama-lama..

So,yang mana satu korang?Share-share jom..Kalau saya yang nombor 5 dan 8 .hahaha..Teruk benar gaya nya kan..Tapi itulah yang selesa..Tapi kalo yang no 4 dan 7 tu macam sakit pinggang je tengok..haha..So,korang yang mana?




P/s:Jangan lupa teruskan like dan komen header saya di SINI SINI.Terima kasih(^_^)

Sunday 15 July 2012

UPU:korang dapat mana?

Assalamualaikum..

Dengar-dengar hari Jumaat lepas dah keluar keputusan UPU untuk lepasan STPM dan setaraf kan..So,macam mana kawan-kawan semua..korang dapat mana?meh lah share-share..Bagi yang tak dapat janganlah berasa kecewa tau tau..Sebab rasa-rasanya boleh buat rayuan..Insyaallah kalau ada rezeki tak ke mana..Percayalah..

So,ada tak antara korang yang dapat Universiti Utara Malaysia(UUM).Kalau ada boleh lah berjumpa bulan September ni..Daku nak buli junior-junior semua ni..hahaha..Ayat tak ingat..hakhak..Korang jangan lah takut pulak ye..kehkeh..sesungguhnya senior-senior UUM terutama fasilitator memang baik lagi menawan.tak kan buli punya lah..sebab daku time sem 1 dulu best tu Minggu Orientasi minggu untuk bergumbira..Poco-poco,chicken dance bagai..haha..

So,saje nak cakap kat sini sem depan daku dah masuk semester 5 .hakhak..3 semester lagi baru habis.Insyaallah,kalau tak de kantoi mana-mana paper..hukhuk..Susah ni orang kos 4 tahun macam daku ni..agak berat lah..Saje je nak bagi alasan padahal malas..haha.Aih-aih,terpesong sudah topik..hehe..

So,macam mana korang?Kalau dapat UUM korang dapat kolej apa?Kalau macam saya lah..College of Bussiness(COB)..Share-share lah nak tau jugak.hikhik..

       

P/s:Korang yang baik hati,hikhik..ada masa lebih-lebih like dan komen header saya dekat SINI SINI.thanz ye(^_^)

               

Saturday 14 July 2012

Jawapan Teka Uji Mata

Assalamualaikum..

Mood hari ni sangat lemau lagi geram dengan line broadband yang lembap segala dari kura-kura..Aih,hilang mood di buatnya..nak blogwalking pun tak boleh..So,minta maaf ye kawan-kawan yang tinggal chat kat shoutbox tak sempat berbalas lagi..Kalau line laju selaju-lajunya nanti akan blogwalking terjah blog korang okey..deal(^_^)

So,sementara line ala-ala romantika ni daku nak beri jawapan Teka uji mata kelmarin..Bagi yang tak berkesempatan nak jawab boleh rujuk dekat SINI SINI..Jadi jawapan nya adalah PIKACHU.Majoriti yang jawab semuanya betul dan tepat..Mata korang memang power lah..hakhak..
   

        

Seperti yang di janjikan,bagi mereka yang jawab dengan betul akan ada sesuatu untuk anda semua..So,nak tau apakah?bukan hadiah Galaxy tab mahupun I-pad mahupun I-phone tapi.....supriseeeee..korang yang sporting menjawab semua akan di serap masuk ke bloglist Ogos saya pada bulan hadapan..hakhak..suprise tak?tak kira lah jawapan korang betul mahupun tidak semuaanya tetap akan tersenarai as long as korang komen kat entry berkenan..

So,terima kasih dan terima kasih sebab sudi jawab teka uji mata dari daku..Akan ada lagi next teka-teka untuk korang semua..so,get ready ya..hoho.Untuk tahu siapakah mereka yang akan di serap masuk ke bloglist Ogos,boleh rujuk dekat Entry berkenaan..Ada 23 orang semuanya..check it out dekat SINI SINI.


Selamat berhujung minggu(^_^)

P/s:Jangan lupa teruskan like dan komen header saya Dekat SINI SINI SINI..Hakhak
         

Friday 13 July 2012

Kempen Like dan Komen Header

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua kawan-kawan..Hari ni saya nak berkempen sedikit dengan korang,korang dan korang semua..Hakhak..Bukan kempen pilih calon mengundi ye..hehe..Saya nak kempen Like dan Komen Header..Macam yang korang tahu semalam saya ada masuk contest dari Hazwan Hairy dekat SINI SINI..

So,hari ni dah start boleh like dan like segala header yang masuk Contest tu.Jadi kat sini..saya nak minta tolong jasa baik korang semua yang baik hati lagi menawan..hakhak..ayat tak nak bodek pulak kan..hehe..kalau tak keberatan dan korang berkelapangan masa korang tolong like dan komen header saya ye..mana tau hasil komen dan like korang daku boleh menang..hikhik


        Pecinta Pink^^
                 KLIK LINK NI UNTUK LIKE YE

Korang bukan boleh like header daku je..tapi banyak lagi header yang cun melecun..korang like like je..hehehe..So,sekali lagi jangan lupa like dan like ye kat DEKAT SINI..Hehehe..Segala like dan komen korang amat saya hargai..hehee..terima kasih..
   

Ramadhan:Dah ready belum?

Assalamualaikum..

Diam tak diam lebih kurang seminggu je lagi kita akan berpuasa kan.Korang semua dah sedia ke nak menyambut Ramadhan?Dah puasa ganti yang mana kot-kot ada yang tak puasa penuh tahun lepas?
Kalau tanya daku..sudah semestinya tak sabar menanti Ramadhan.Nikmat berpuasa di bulan ramadhan tak sama dengan bulan-bulan lain..Paling nikmat waktu berbuka puasa kan..

So,tadi ada bermuka buku jap.Then,jumpa gambar kat bawah ni..Tertarik nak berkongsi dengan korang semua..Macam-macam ragam bila nak menyambut ramadhan ni kan..Paling suka tengok kerenah budak-budak sekolah yang baru nak belajar berpuasa..

Kat gambar ni dah cukup menjelaskan ragam manusia bila nak menyambut ramadhan..Ada yang siap sedia,ada yang tak sabar-sabar menanti Ramadhan dan ada juga yang memberi alasan pelbagai mengelak untuk berpuasa..

          

So,korang macam mana dah ready belum nak berpuasa ni?

Credit:FB Remaja Rakan Ramadhan(3R)

Thursday 12 July 2012

Tips:Cara Meningkatkan Penyertaan Segmen,Contest dan Giveaway

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama saya tak publish tips blogging kan.So,hari ni ingat nak kongsi sedikit tips dengan korang..Actually,saya pun bukan arif lagi pakar nak kongsi-kongsi tips blogging ni.Tapi,takpe benda baik harus di kongsi kan.Tak banyak sedikit pun mana tau boleh bantu korang semua..Tips-tips ni pun semua berdasarkan pemantauan mata kasar saya..

Jadi,hari ni nak kongsi tips mengenai Cara Meningkatkan Penyertaan Segmen,Contest dan Giveaway.Sekarang ni memang tak di nafikan mahupun di sangkal dapat di lihat bahawa ramai blogger yang berebut-rebut anjurkan Segmen,Contest dan Giveaway.Keberkesanan anjuran Segmen,Contest dan Giveaway setiap blogger tidak semuanya sama..Ada yang berjaya,ada yang tidak berjaya.Semuanya bergantung atas Effort setiap blogger yang menganjurkan.

So,kat bawah ni saya sediakan beberapa tips untuk Meningkatkan Penyertaan Segmen,Contest dan Giveaway terutamanya pada blogger yang sedang anjurkan segmen dan bercadang ingin anjurkan segmen,contest dan giveaway..


1)Syarat-syarat yang tidak membebankan peserta
Yang ni saya pasti.Kalau syarat untuk join segmen korang simple lagi mudah mesti ramai yang nak join..siapa yang tak join kalau mudah kan..

2)Hadiah yang lumayan
Hadiah yang korang sediakan untuk setiap segmen,contest dan giveaway juga memainkan peranan.Kalau hadiah yang di sediakan lumayan,Mesti ramai nak join walaupun kekadang banyak step yang kena follow.So,make sure korang carilah sponsor-sponsor yang hebat untuk menarik banyak lagi penyertaan

3)Ping entry segmen,contest dan giveaway di facebook
Cara ni saya pernah cuba..Memang ada keberkesananya walaupun sedikit.Kat facebook sekarang dah macam-macam group untuk blogger ada..So,kat situ korang boleh ping entry korang..Ajak ramai-ramai join.Pada yang tak tahu mungkin semua akan tahu mengenai segmen yang korang anjurkan.

4)Promosi segmen,contest dan Giveaway melalui blogwalking
Blogwalking pun salah satu cara yang terbaik.Korang blogwalking lah selagi termampu untuk promosi segmen korang.Tinggalkan link segmen korang di ruangan shoutbox mahupun ruangan komen bagi memudahkan mereka mendapat maklumat mengenai segmen yang korang anjurkan.


            


Jadi,inilah antara 4 cara untuk korang meningkatkan bilangan penyertaan di setiap segmen mahupun contest yang korang anjurkan.Korang ada cara lain?boleh kongsikan di sini dengan komen di bawah..Terima kasih(^_^)

P/s:Boleh beri pandangan jugak jenis segmen,contest dan giveaway yang korang suka join..


Review Blog:Bloglist Julai Part 2

Assalamualaikum..

Hari ni daku nak sambung menyambung review blog untuk 3 penyertaan terakhir Segmen Bloglist Julai.Yang mana belum berkesempatan nak tengok review part 1 boleh lah klik dekat SINI SINI..okey jom lets check it out 3 blog terakhir untuk di review..

1)http://zaxx-in-da-house.blogspot.com

     ~zaXx iN tHe HouSe~


  • Suka header blog ni simple but nice 
  • Suka tagline Blog ni jugak In the Eyes of everyone's beholder.Penuh makna tersirat di situ..hoho..
  • Loading blog okey,laju.So,memudahkan kalau nak blogwalking..
  • Cadangkan tuan blog letak Blog Archive dalam scroll bar..nampak lagi kemas dan meletups..hehe..yang lain-lain semua okey dan okey..
2)http://cikyayastory.blogspot.com

      Mizz yaya

  • Suka doodle kat header tu..comel nya..
  • Blog Ain ada lagu,tapi boleh pause..So,senang lah bagi yang tak nak dengar boleh pause okey..
  • Sidebar kemas je cuma tak berapa pasti yang pasal kotak bahagian bawah sidebar..kalau tak de lagi nampak kemas.
  • Loading blog okey..tak perlu tunggu lama-lama.
3)http://cheksunnyboomboom.blogspot.com

        !                                                       Eza Boom Boom | ファエザ^_^!
  • Header blog Eza sangat awesome..cantik..Colourful..
  • Blog Eza sangat kemas.Sidebar pun kemas.Tiada widget yang bukan-bukan macam saya..hakhak..
  • Suka tempat shoutbox..Jarang-jarang jumpa yang letak shoutbox kat header..
  • Loading pun masih lagi okey..Tak lama..

Akhirnya,selesai sudah sesi review blog..So,tinggal satu lagi yang belum di lunaskan sticky post untuk 3 orang bertuah.Tunggu ye awak-awak yang bertuah dalam masa terdekat ni,Insyaallah..Sticky post untuk anda bertiga..

Seperti biasa jom terjah ketiga-tiga blog di atas yang masing-masing ada kelebihan tersendiri..Sambil terjah,sambil tambah menambah kawan..Selamat blogwalking(^_^)

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com