Tuesday, 22 May 2012

Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama

Assalamualaikum..

Hari ni rasa macam kebuntuan idea sebentar..So.Kongsi ni jelah..hikhik.So,Lets check it out okey(^_^)

HURUF A
  • Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

HURUF B
  • Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

HURUF C

  • Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

HURUF D
  • Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

HURUF E
  • Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

HURUF F
  • Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

HURUF G
  • Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

HURUF H
  • Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

HURUF I
  • Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

HURUF J
  • Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

HURUF K

  • Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

HURUF L
  • Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

HURUF M

  • Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

HURUF N
  • Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

HURUF O

  • Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

HURUF P

  • Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

HURUF Q

  • Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

HURUF R
  • Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

HURUF S
  • Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

HURUF T
  • Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

HURUF U

  • Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

HURUF V
  • Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

HURUF W
  • Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

HURUF X

  • Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

HURUF Y
  • Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

HURUF Z

  • Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Saya pangkal Huruf N memang sama lah dengan saya..saya amat kurang keyakinan diri dan amat sensitif..hukhuk..korang macam mane?same tak?

           
Motif letak gambar ni nak suruh korang senyum sokmo..hikhik
        
                          

16 kaki blogger komen:

Anonymous said...

Huruf S tu so true. hehe :D

.:: sya ::. said...

info yg menarik :)

♥♥PuanHarty♥♥ said...

TERase ar.. slm singgah...sy pangkal huruf M..mmg kne ngn batang hidung sy..eheheh

Anonymous said...

nama penuh pangkalnya N. S. tapi personaliti lebih kepada nama ke dua.. :)

Cik Diana said...

eh! ada betul larh. mcm kena ja. :p

bukanretis said...

kenapa hruf aku sgt negatif maksudnye? ni mesti ada konspirasi ni.hmmm.. XD

Unknown said...

cam tepat kena tang diri sendiri..hehhehe..huruf apa?..rahsia

ain'syaa said...

atototot omey nyew senyum tu . hehehe .
ain akhir sekali huruf H . ada la jugak kena mengena dengan ain ^-* haha

Adlh_Aqlh said...

saya suka! saya suka! ^^

~Cik Sweety~ said...

D : hampir kesemuanya betul..(^_^)

rAIHan said...

im 'N'..huhu~

apdm said...

salam

rasanya dah tepat tu...y saya punya la ;)

hehe

Azhafizah MN said...

Saya huruf A..peramah tak saya?hihi

Noor Fatin said...

saya F. tapi kenapa mcm xberapa sama dgn diri ja? :P

jemput join giveaway saya. tarikh tutup: 7 jun 2012 ;)

http://anakmama89.blogspot.com/2012/05/topup-giveaway-by-noor-fatin.html

Unknown said...

Huruf 'K'..erm ye ke camtu..;)

Anisa Anuar said...

saya huruf A...ada la yg betul...awak..saya share ek..hehehe

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com