Malam ni saya ingin berkongsi sedikit tips iaitu Tips Pecutan Terakhir Sebelum Exam.Seperti yang kita ketahui sekarang ni kebanyakan pelajar IPTA/IPTS sedang giat bertungkus lumus menghadapi exam final semester.Jadi,di kesempatan ini ingin saya kongsikan sedikit tips yang boleh di gunakan oleh kawan-kawan semua dalam memberikan impak yang terbaik dalam menghadapi exam.Tips ni juga boleh di gunakan untuk semua adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan seperti UPSR,PMR,SPM mahupun STPM..Okey,jom lets check it out..
1) Senarai pendek semua tajuk yang telah dipelajari.
- Menyenaraikan kesemua tajuk yang telah anda pelajari sepanjang tahun. Senarai tajuk sahaja. Dari sini, kita akan nampak gambaran awal sejauh mana kita perlu memecut. Seberapa banyak kelajuan yang anda perlukan untuk menghabiskan kesemua tajuk berkenaan dalam masa yang kita ada.
2)Kenalpasti tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan lepas
- Pengenalpastian tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan lepas ini penting kerana keberangkalian untuk tajuk ini keluar lagi adalah tinggi.Ini akan memberi kelebihan kepada kita dalam mencapai gred yang baik dalam peperiksaan.
3)Buat nota ringkas
- Nota ringkas ini penting kerana pada masa-masa genting menghadapi peperiksaan nota yang amat ringkas di perlukan bagi memudahkan kita mengingat sambil menghafal dengan mudah dan cepat.
4)Ingat kata kunci/point penting
- Dalam masa-masa kritikal nak menghadapi peperiksaan langkah yang terbaik yang boleh di ambil ialah dengan mengingat kata kunci/point penting bagi sesuatu tajuk.Contohnya,fungsi wang,ialah Sebagai alat perantaraan pertukaran, alat pengukur nilai, alat penyimpan nilai dan alat pembayaran tertunda..Kita boleh mengingat fungsi ini dengan kata kunci seperti 4P iaitu perantaraan,pengukur,penyimpan,pembayaran..Ini lebih mudah untuk di ingat.
5)Buat soalan peperiksaan lepas
- Ini penting untuk membiasakan kita dengan format dan situasi sebenar di dalam peperiksaan nanti.Bila dah tahu format soalan senang lah nak fokus kan..
Okey,ni lah selalu 5 Perkara yang saya selalu lakukan semasa menghadapi saat-saat akhir peperiksaan.Harap-harap dapat bantu kawan-kawan semua,,Kalau korang ada tips lain boleh kongsi dengan komen entry di bawah ini okey(^_^)..Dan saya juga sering lakukan ini..Doa,Usaha dan Tawakal.Nescaya,kita mendapat kebaikan nanti..Salam..
16 kaki blogger komen:
sama cm ika buat dulu masa blaja kat uitm.hukhuk
tips yg bagus..=)
:)
lebih kurang apa yg yqa buat masa masih study dulu2 :)
me study last minute.. hehe
Saya masa SPM dulu pun selalu belajar last minit je. Untuk subjek sej, baru nak buat nota2 penting :D hee
yg no 5 tu memang selalu dan harus di praktikkan
tepat sekali kalau ikut tips2 ney..
ALL THE BEST IN UR EXAM TOO ! :)
BTW,NICE INFO .. THANKS !
thank you for sharing with me.... i copy all yerk ^_^
buat camni baru tak kalut nak study kan..gud luck ye :D
thanks for sharing..
bagus tips ni..hah!! Cendol dah lame tak belajar...tak sabar rase nye nak mula menghadap buku di universiti !
salam dik,
kalau sempat join la 1st giveaway akak ok,
http://haryatifaizal.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
Sama :) Tapi kita lebih banyak buat soalan tahun2 lepas ^_^
Nak buat nota tuh yg malaasss tuh.. hehehe..
*Nurrul suka buat latihan... Insya'Allah boleh jawab.. ^^
okk tnxx akakk
Post a Comment