Thursday 28 June 2012

Tip Mudah Atasi Malas

Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari yang boleh di kategaori hari malas sedunia buat daku..Ye,memang sangat-sangat malas..entah apasal pun tak tau..tiba-tiba jadi kemalasan..Aih..tak patut memang tak patut sangat-sangat.So,dengan semangat yang berapa kerat je ada ni,daku gagahkan diri menaip entry ni..Untuk,menangani malas-malas yang ada ini,daku mencari tip-tip yang boleh atasi kemalasan tahap kritikal ini.Jadi,dengan jasa baik pakcik google kesayangan ,daku menemui beberapa tip yang lantas membuat diri ini menjadi sedar ke dunia nyata..Jangan malas-malas..So,bagi awak,awak  dan awak yang ada rasa malas-malas macam saya mari kita lihat tips di bawah ini..moga-moga dapat campak jauh-jauh malas kita ini..

1. Amalkan doa ini
*Untuk atasi sikap malas eloklah mengamalkan doa berikut:
“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan”.
2. Ingat matlamat atau sasaran anda
*Anthony Robbins seorang pakar motivasi terkenal di Amerika telah menulis dalam bukunya, ‘People are not lazy. They simply have impotent goals - that is, goals that do not inspire them.’ Maksudnya, ‘manusia tidak malas. Mereka sekadar memiliki matlamat yang mati – iaitu matlamat yang tidak merangsang diri mereka’.

*Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita mempunyai matlamat yang merangsang diri?Kongsikan matlamat dan impian anda dengan orang lain..

3. Rehat dan tidur yang cukup
*Malas akan terbit apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi rasa malas.

4. Riadah
*Ada ketikanya anda rasa malas sebab tiadanya aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cubalah libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti akan dapati tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.

5. Amalkan teknik pernafasan
*Ada ketikanya anda rasa malas sebab oksigen yang dibekalkan ke otak berkurangan. Otak memerlukan 25% daripada bekalan oksigen yang dihantar ke badan untuk berfungsi dengan baik. Sebab itulah apabila kita baru sahaja selesai makan makanan yang berat seperti nasi maka diri terasa malas kerana sebahagian besar oksigen digunakan untuk menghadamkan makanan. Satu cara yang boleh dilakukan ialah tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan terasa lebih segar.

So,inilah antara tips yang daku dapat..Sebenarnya banyak lagi tip-tip lain..tapi yang ni paling sesuai buat diri yang betul-betul tengah malas sekarang..Hakhak..Korang ada tahu mana-mana tips lain?kongsi-kongsi la dengan komen entry ini..Terima kasih(^_^)

Sumber:Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad terbitan PTS Millennia

Credit juga  kepada:http://musabhabibs.blogspot.com

         

P/s:Jom join segmen bloglist blogger Korn dengan klik di SINI & yang belum join segmen saya boleh join jugak dengan klik SINI..

16 kaki blogger komen:

Noor Atikah Ramli said...

no 2 tu ika selalu ingat :)) huhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bagus tips ni..akak pun kalau malas tu datang nk buat apa pun jd segan hihi

Belladeone said...

wow,nice sharing...katakan tidak kepada malass....

eyqa said...

yg no 3 too,if terlebih wat
mmg jadi malas laa..

Unknown said...

menarik nih .. perut kenyang pasti malas menjelma. aigooo >.<

Unknown said...

tido yg cukup penting (: riadah pun sma.

miss yatie said...

apa2 pun kita kena lawan sikap malas ni..

rAIHan said...

bagus tips nie. boleh amalkan selalu.

aisyah humaira' said...

wah ! nice tips !

sHiMi sHinHae~ said...

apabila kemalasan melanda ..hadoi ~_~' boleh try ni !! huhu thanks sharing :)

imah ADHD said...

arrrr, gua malas nak komen ;p

Atie Zieya said...

nice info

Unknown said...

nice tips...moga jd lebih rajin pasni..kengkdg tetibe termalas..kiki..blh pulak termalas erk...

THE AUTHOR said...

Tips yang menarik!!

fiQRa said...

tapi kalau dah malas ni, memang susah nak train diri jadi rajin.. hehe, tapi tips yg ada, boleh cuba :)

Asyiqin Haulisah said...

bila malas saya akan blogwalking. boleh tak mcm ni.

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com