Sunday, 17 June 2012

Tips Memujuk Pasangan Anda

Assalamualaikum..

Malam ni saya nak kongsi tips lagi..Tips ape pula ye kali ni?jeng jeng jeng..malam ni nak kongsi Tips Memujuk Pasangan Anda..Wah-wah kemain lagi tips malam ni kan..hakhak..Actually,saya kalau bab memujuk ni memang tak pandai..Tak kiralah pujuk siapa pun.Adik ke,kawan ke,,memang tak pandai..Makin diorang merajuk lagi ada..Hahaha..Tapi malam ni nak kongsi jugak tips ni..Tips ni rasa nye memang ramai selalu guna .Tips ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat.hehe..Jom baca kat bawah ni:

1)Berikan hadiah.

  • Hati seorang perempuan memang mudah cair bila kita menghadiahkan sesuatu untuknya kerana itu tandanya kita menghargainya. Tak perlu hadiah yang mahal, asalkan ikhlas daripada hati, si dia pasti akan suka walaupun pura-pura tak mahu terima. Antara hadiah yang sering menjadi pilihan adalah seperti bunga, coklat, patung/soft toy, dan pelbagai lagi barangan comel yang sesuai dengan diri si gadis. Jika hadiah itu sesuatu yang anda buat sendiri, pasti keikhlasan anda memujuk akan lebih terserlah.
2)Berikan Perhatian
  • Apabila anda terlalu sibuk dengan hal-hal lain seperti kerja, tugasan, kuliah, kawan dan sebagainya sehingga tidak sempat melayannya, si dia merajuk. Bukannya dia marah, cuma mungkin inginkan lebih perhatian dan mahu bermanja dengan anda. Cubalah untuk luangkan masa yang berkualiti bersama kekasih anda. Pasti si dia akan lebih senang hati nanti.

3)Terangkan perkara sebenar
  •  Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
4) Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan 
  • Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
5)Nyanyikan lagu untuknya.
  • Kebanyakan perempuan memang mudah tersentuh bila mendapat dedikasi lagu daripada kekasih mereka. Apatah lagi jika anda sendiri yang menyanyikan lagu cinta tersebut sambil diiringi oleh petikan gitar. Oh so sweet! Cair dibuatnya. Silap haribulan, tak boleh tidur dia nanti. Jika anda tidak pandai menyanyi atau bermain muzik, tidak mengapa. Gunakan kreativiti anda untuk menghantarkan dedikasi lagu untuknya. Pilih lagu kegemarannya atau lagu yang menggambarkan perasaan hati anda.
          

Okeylah..ni lah 5 Tips yang selalu di gunakan..Actually ada baca lagi kot..tapi yang ni selalu top 5 orang buat..Kalau korang ada tips lain boleh kongsi jugak..Terima kasih,,daa..


              

14 kaki blogger komen:

~MiZz Atie ZieYa~ said...

dah lama tak bercinta nih...dah lama tak pujuk org..heheh

Mohd Noor Shawal said...

Assalamualaikum.. jom lah join segmen Shawal.. :)

http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2012/06/segmen-jom-follow-blog-saya-nanti-saya.html

babycomel said...

mudah merajuk & mudah terasa hati tu sama x agak2?

Encik Zaharin said...

org pompuan makin dipujuk makin demand,ngeeee

cweet pinky said...

kiki ~ CP tak pandai pujuk owg tapi sukerr dipujuk , hehehe , CP paling sukerr kalaw c dye nyanyi even tak sedap , kekeke ~

CiK FizA said...

best bila ada org pujuk nie. makin la nak majuk lama2. hahaha. opss >.<

kaishin said...

owh tak boleh guna yg no lima tu takut pitam lak org yg di pujuk tu :D

pujuk memujuk memang 'fail' la hehe

nuha ahmad said...

no 5 tuu kalau ada yg wat mcm tu sgtlah sweet!

hairy said...

dh lma xpujuk2..haha

Yumida said...

wah..yg 1st tu bez...andainyaaaaa...org laki ni sukar nk tunjuk cara pujuk pasangan....

EyraKhairani ♥ said...

nak nyanyikan lagu lah .. biar hujan sejuk cikit hati dia .. hak3x

sop.name.my said...

guna ayat power jer.. heheh

Yuss Qazz said...

tpi klw pompuan yg hjnis hati giler2 keeing?

Anonymous said...

Sy nk pjuk lelaki...adoiiii buruk tul klu lelaki yg gjuk....

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com