Monday 18 June 2012

Review:Gerimis Mengundang

Assalamualaikum...

Malam ni nak kongsi lagi nan korang pasal filem..Kalau hari tu filem Aku ada kau ada kat SINI..kali ni nak review filem Gerimis Mengundang pulak..Why daku nak review pasal filem ni?sebab mestilah sebab  daku dah tengok kan..hakhak..

Semalam daku berkesempatan tengok cerita ni..Filem ni di bintangi oleh pelakon gabungan Malaysia dan Indonesia iaitu Kamal Adli dan Olivia Jensen Lubis..Filem ni mula di tayangkan sejak 31 Mei yang lepas lagi..

Sinopsis:
Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untul lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani. Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.

Bagi saya filem ni boleh tahan ..  Ending dia sedih kot..sob sob..Korang yang belum tengok boleh lah tengok-tengok..Serius,ending dia sedih gila...

       

        


Credit:http://www.perekacerita.com

4 kaki blogger komen:

Himawari Mirsada said...

blm tgk,=)

Atie Zieya said...

mcmbest ja..... nk tgk la nt

MISS Z BERCELOTEH said...

pergh kat sabah.. nk tgk sbb mo tau dmna lokasi ja huhuuh

nini said...

cam best jer

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com