Tuesday 19 June 2012

Petua Untuk Sentiasa Bersemangat Tinggi

Asssalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi sedikit petua..Petua Untuk Sentiasa Bersemangat Tinggi..Sejak akhir-akhir ni rasa semangat kurang..Tak tahu hilang entah ke mana..Masih tercari-cari semangat yang semakin hilang entah ke mana pun tak tahu lah..So,nak cover balik semangat-semangat yang dah hilang ni..harus ada petua yang boleh bangun kan diri ini yang lemah tak bermaya..So,kongsi dengan korang petua ni..Mana tau kalau-kalau ada yang simptom semangat kurang macam saya boleh cuba petua ni..Lets check it out petua di bawah ni:

1. Perlu disiplin diri yang kuat.
2. Terus bangkitkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
3. Berada di sekitar atau dalam lingkungan golongan orang yang akan membuatkan kita bersemangat untuk maju.
4. Jangan berhenti berimaginasi untuk kejayaan.
5. Hindari pernyataan diri yang akan menurunkan semangat kita, seperti “aku sudah terlambat untuk memulakannya”, “aku terlampau muda”, “aku terlampau tua”, “aku tidak berbakat”, “aku tidak secerdas mereka”, “pendidikanku tidak sehebat mereka”, “aku tidak kaya seperti mereka”, dan sebagainya.
6. Terus tanamkan ion-ion positif di dalam fikiran kita. Jaga fikiran supaya sentiasa berfikiran positif.
7. Jangan biarkan ion negatif masuk dalam fikiran kita. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif.
8. Bergembiralah kalau ada orang yang berjaya, kemudian berdoalah agar kita boleh kejayaan seperti mereka.
9. Segera lakukan tindakan terhadap apa yang kita inginkan. Perjalanan ribuan kilometer hanya akan bermula daripada langkah pertama, yang kemudiannya akan disusuli dengan langkah-langkah berikutnya.
10. Selalulah membaca buku motivasi yang boleh membangkitkan semangat.
11. Pilih tayangan TV, mendengar radio atau lain-lain yang memberikan semangat.
12. Bila kita sedar bahawa kita sedang tidak bersemangat, atau semangat yang makin menurun, maka segeralah bangkit, dan kobarkan kembali semangat kita. Sentiasalah perbaharui semangat supaya semangat tersebut sentiasa berada di tahap yang tinggi.

Okey ni beberapa petua yang akan saya guna kan untuk kembali bersemangat tinggi..Harus bersemangat semula..asyik malas je semenjak dua menjak ni..aih..korang ada petua lagi tak?share dengan saya..hukhuk..daa...

          

11 kaki blogger komen:

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus petua ni..

Noor Atikah Ramli said...

entry yg sgt berguna..nnt bleh la nk try petua2 tu :)

hazwan hairy said...

betul!! hidup ni kena smgt...akan digunakan petua itu..hehe

Azee Hana said...

kadabg tu bile x semangat..macam2 kite pikir..asyik termenung jek..huhu..tq for sharing..

Anonymous said...

tq dik utk petua2 ni

Nadhirah said...

bagus2 :)
elok tok budak2 spm yg mls nak blaja cam kte nie :P
haha..
btw,, thanx yew!
xD

Admin said...

Huhuhu... sussah ooo nak terapkan kata-kata positif ni .. hehehehe

www.hasrulhassan.com

icumm said...

tnamkan ion2 positif..yeah :)

Nurrul Hazieqah said...

Err m , Nurrul akan cuba ! :D
thanks for sharing !

Atie Zieya said...

noted! thx sebab share :)

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

petua yg sangat berguna..

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com