Wednesday 20 June 2012

Contest : "Some tips for Some thing" by Kisah Bunga Sakura and Kamil Kahar

Assalamualaikum..

Petang ni mood rajin dah mai nak join segmen..So,daku nak join segmen dalam 2-3 segmen petang ni..So,first-first sekali nak join Contest : "Some tips for Some thing" by Kisah Bunga Sakura and Kamil Kahar..Terima kasih tuan blog contest ajak join..So,here I join..

       

            KLIK UNTUK JOIN

Syarat-syarat:-

1. Follow dan like fanpage sponsor: Senarai Sponsor
2. Buat entry bertajuk: Contest "Some tips for Some thing"
3. Letak banner dan link kn pada blog salah seorang penganjur contest ni...
4. Buat 1 tips yg ingin anda kongsikan dan tag 2 org rakan blogger anda...
5. Hantar link entry anda hanya pada ruangan komen salah seorang penganjur...

Jadi saya nak share tips yang ini:

Tips Pecutan Terakhir Sebelum Exam

1) Senarai pendek semua tajuk yang telah dipelajari.
Menyenaraikan kesemua tajuk yang telah anda pelajari sepanjang tahun. Senarai tajuk sahaja. Dari sini, kita akan nampak gambaran awal sejauh mana kita perlu memecut. Seberapa banyak kelajuan yang anda perlukan untuk menghabiskan kesemua tajuk berkenaan dalam masa yang kita ada.

2)Kenalpasti tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan lepas
Pengenalpastian tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan lepas ini penting kerana keberangkalian untuk tajuk ini keluar lagi adalah tinggi.Ini akan memberi kelebihan kepada kita dalam mencapai gred yang baik dalam peperiksaan.

3)Buat nota ringkas
Nota ringkas ini penting kerana pada masa-masa genting menghadapi peperiksaan nota yang amat ringkas di perlukan bagi memudahkan kita mengingat sambil menghafal dengan mudah dan cepat.

4)Ingat kata kunci/point penting
Dalam masa-masa kritikal nak menghadapi peperiksaan langkah yang terbaik yang boleh di ambil ialah dengan mengingat kata kunci/point penting bagi sesuatu tajuk.Contohnya,fungsi wang,ialah Sebagai alat perantaraan pertukaran, alat pengukur nilai, alat penyimpan nilai dan alat pembayaran tertunda..Kita boleh mengingat fungsi ini dengan kata kunci seperti 4P iaitu perantaraan,pengukur,penyimpan,pembayaran..Ini lebih mudah untuk di ingat.

5)Buat soalan peperiksaan lepas
Ini penting untuk membiasakan kita dengan format dan situasi sebenar di dalam peperiksaan nanti.Bila dah tahu format soalan senang lah nak fokus kan..

Saya pilih tips ni nak di kongsi bersama sebab sekarang musim student exam kan kan..Lagi pun tau adik-adik blogger ramai yang bakal ambil PMR,SPM dan STPM tahun ni..Harap-harap tak banyak sedikit dapat bantu korang dan korang semua okey.Saya 100% guna tips ni untuk exam(^_^)

So,saya nak tag:
Done(^_^)

5 kaki blogger komen:

aisyah humaira' said...

terima kasih tag niera :)

Unknown said...

thanks sis..sudi tag sy..
insyaAllah sy join nnti..
tips...huhu..berdebar2 cari idea nih..hihi
nice tips dri sis :)

Atie Zieya said...

goodluck yeee

Nasya Farhana said...

terima kasih karana join.. awak dah letak link entry ke blog sya atau abg kamil dah?? kalau dah, cube tengok senarai nama peserta, ada tak?

Kamil Kahar said...

thx sbb join ye akma...gudluck...

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com