Tuesday, 10 July 2012

Review:Filem 8 Jam

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama tak review filem.Last review filem Gerimis Mengundang bulan lepas kalau tak silap lah..Kalau silap maaf maaf ye..hikhik.So,hari ni dengan rasa rajin dan semangatnya nak review Filem 8 jam..2 hari lepas ada tengok di sebalik tabir Filem 8 jam ni..Tengok daripada The Making Of cerita 8 Jam ni memang nampak best dan gempak..Banyak aksi-aksi yang memang mendebarkan..

Di fahamkan stunt-stunt untuk aksi filem ni pernah terlibat dalam filem Ong-Bak yang dulu memang Hit la kan dan kebanyakan aksi-aksi  dilakukan oleh pelakon Utama filem ini sendiri iaitu Shaheizy Sam.Antara pelakon lain dalam filem ni,Yana Samsudin,Fimie Don dan Erynne Erynna.Okey kat bawah ni ada sedikit sinopsis mengenai filem 8 jam ni.Jom lets check it out:

"ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.
Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.
Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.
Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.
Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.
Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’."

          filem 8 jam

So,esok dengan semangatnya nak tengok filem ni..Korang,korang dan korang..nak tengok tak?Jom esok join sekali di TGV Cinema,Jusco Kepong..Kihkih..

Credit: Beautifulnara.com

10 kaki blogger komen:

luqman zakaria said...

ala...belum ade masa nak tgk citer nih la..

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

mcm best...nk tgk gak..huhu

hairy said...

xsmpt lg nk p tgk..hehe

murni said...

muni dah tengok . . ! ! ingat ayat ni nanti alang akan cakap . . " kalau kau tinggal aku , kau pun aku bunuh ! " hewhewhew :p

zaxx said...

sapa nk belnja sy g tgk citer ni? heheh riview cik pinky make me terliur nk g tgk,hehe

Michelle Hopell said...

best ke? tak tengok lagi ..

the malay male said...

tq for review

mumui said...

xtgk lagi.. -_-

azievee said...

Dah kuar ker...tunggu kat astro first jek la nampak gaya nyer

Che Rosliza Che mat said...

best ke...tengok review cam best sangat2..

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com