Saturday, 21 July 2012

Khasiat Buah Kurma di Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsi sedikit info mengenai khasiat kurma di bulan puasa.Seperti yang kita ketahui,buah kurma merupakan sunah nabi ketika berpuasa dan sememangnya juga buah kurma mengandungi khasiat yang tinggi yang juga baik untuk kesihatan kita semua..Jom tengok antara beberapa khasiat buah kurma yang boleh di manfaatkan ketika bulan puasa:

1)Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

2)Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta.

3)Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf.

4)Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding.

5)Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya:

Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. 

Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Jadi,jangan lupa sediakan kurma ketika berbuka puasa nanti ye kawan-kawan..Boleh lah kita dapat khasiat dari buah kurma untuk hari ini..


           


         


17 kaki blogger komen:

Emma said...

Nice Info.. btw, buah kurma pn sgt baik tuk ibu mngandung ^^

Salam ramadhan dan selamat berpuasa :D

Errah said...

suka sangat kurma,,,makanan nabi kita...

buboo said...

boleh jadik diet gak kan2 , banyak khasiat kurma rupanya :) jum bukak puasa makan kurma !

dEdEQ dE wIshEs said...

BESTNYE KURMA .. MANIS DIA XSAME NGAN MANIS GULA ,, KAN KAN ? HEHEHE

Minah Bunga said...

nice info sis..
kurma memang terbaeekk..hihihii

Miss NR said...

Topup, header, banner, cursor, keychain, iklan untuk banner dan banyak lagi! Nak kee?? Join sini =)
http://diarybudaktinggi.blogspot.com/2012/07/segmen-up-followers-di-bulan-ramadhan.html?m=0

hairy said...

sgt suka kurma..dulu xsuka sejak2 ni ja suka..hhehe...tu lah khsiatnya ya...

vidalsisah said...

Memang betul cakap akma tu, lgpon rasa dia kan sedap, ye tak?

eimah siti said...

cik siti sangat suka makan kurma....hehehe....

bulan said...

ermm.. sodapnyooo

~MiZz Atie ZieYa~ said...

kurma sngt sedap!

Chic Na said...

tak pernah miss mkn kurma waktu berbuka & sahur. ;)

miss fluffy said...

yusof taiyob..hehe sy suka kurma..

aisyah humaira' said...

nice sharing :)
tenQ sis ;)

AJIB said...

my favorite sngt2 ni di kala datang bulan Ramadhan...best2 hehe

Eyqa Lovetta said...

banyak kelebihan pada buah kurma ni kan,..hiih

Leeza dayasari [santai leeza] said...

lepas baca ni, tetiba leeza sambar buah kurma yg leeza dpt dari cafe di asrama.. hehehehe

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com