Sunday, 8 July 2012

Tip Pengurusan Masa

Assalamualaikum..

Hari ni saya ada kesempatan masa sedikit..Jadi ambil kesempatan nak berkongsi sedikit mengenai Tip Pengurusan Masa.Sesungguhnya tatkala ini,masa saya sangat-sangat terhad.Jadi saya aplikasikan tip ni untuk memastikan masa yang ada dapat di guna kan secara efektif.So,saya nak kongsi tip ni juga dengan korang semua.Mana tahu kalau-kalau ada yang mempunyai masalah yang sama macam saya..Jom,tengok tip di bawah ni

1)Senaraikan keutamaan anda
Untuk seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja harian, anda perlu sentiasa menyenaraikan keutamaan yang anda ingin lakukan pada hari-hari tertentu. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan masa anda. Pasti anda tidak akan mampu untuk melakukan perkara yang diinginkan untuk setiap hari. Tetapi anda boleh menyenaraikan keutamaan yang perlu diberikan mengikut hari-hari yang bersesuaian.

2)Peruntukkan masa untuk melakukan satu-satu tugasan
Dalam kehidupan seharian, pasti anda akan sibuk dengan tugasan kerja yang mungkin tidak akan habis. Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan kerja itu secara sekaligus. Rancang dan peruntukkan masa untuk satu-satu tugasan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan pengurusan masa yang baik, pasti anda berkesempatan untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan.

3) Selesaikan semua tugasan dengan segera. 
Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin .

4) Amalkan sikap mementingkan diri sendiri untuk sesetengah keadaan. 
Kadang kala anda perlu mengikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya yang perlu dibantu.

5) Hargai masa
Pasti tidak akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya anda sendiri tahu bagaimana untuk menghargai masa. Hargailah setiap masa yang anda lalui. Jangan sesekali mempersiakan masa anda. Ini adalah merupakan kunci utama untuk anda mendapatkan kehidupan yang lebih seimbang.

Korang ada tips-tips lain lagi?boleh lah share dengan komen enrty ini okey(^_^)

          

credit: http://beliamuda.com &  http://www.top5reason.com

24 kaki blogger komen:

Cikrosecute said...

Tip yg bagus dear...Thanks

AM said...

Insyallah, mulai esok Arol nak cuba aplikasikan tips-tips nie. Harap lepas nie takde masalah lagi dengan pengurusan masa! :)

Kierra said...

sangat-sangat berguna tips nie. terima kasih :)

Unknown said...

nice tips~ time is golden..erk!? betul ka? hehe ;D

Atie Zieya said...

thx 4 sharinggg

rAIHan said...

nice tips..raihan pon busy sket skg nie. hehe..

RaimiSyazwan said...

“Time is free, but it's priceless. You can't
own it, but you can use it. You can't keep
it, but you can spend it. Once you've lost it
you can never get it back.”
| ♌¹³ |

fardhila fawwazy blogspot said...

sy pun slalu lengahkn masa bljr..huhu..nnti nk try:)

azwaa said...

auwww,very useful! :)

Nur-nba said...

Salam. Tips yg bagus.. Tentang GA tu, masih sempat lagi. Due date dia 10 hb Julai. Cubalah teka ye.. :)

Unknown said...

bagus tip-tip ni..paling penting kena ada disiplin kan? kalo tak semua tu tak jadi hehehe

Dua Qurun said...

nice info...

Miss Nieyna said...

thanks 4 the tips . .
lepas ni da bole la slow2 follow tips awak ni . nak tengok keberkesanannya towards me . . wish me luckkkk ! ^_^

Papa REN said...

ramai yg guna alasan sibuk kalau x smayang... igt alasan tu leh dikira agknya time akhirat..

~LoVE PiNk~ said...

tips yang sgt manfaat untuk kita semua..:)

MalizaMah said...

yer, leeza suka senaraikan tugasan. lagi2 musim sibuk.. mmg pernuh board dlm bilik senarai kerja2..
so hidup lbh tersusun.

NF said...

tips yg berguna. Thanks.

Korn Ahmad said...

time is golden... kalo follow semua list ni, InsyaAllah dipermudahkan

Anonymous said...

betul tu.. anatar tips2 yg bagus

Apple said...

thanx 4 the tips. Hehe.. Lolz.

Apple sukakan tips no.4. Mmg betul bak dikata. Hahaha..

hazwan hairy said...

la ni msa dh xtentu....sbr ja lah..hehe....good info ;-)

Natasha said...

nombo 4 tu mmg sy slalu amalkan.. hikhiks.. i mean utk sstgh keadaan la..

Aiisyah Roseskalerful said...

thanks for the tips. hopefully boleh ikut semua tips2 ni.. hehe

thanks for joining my bloglist :-D

missha said...

tips yang simple tapi insya Allah akan berkesan :)

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com