Thursday, 9 August 2012

Lagu Raya Segar Sepanjang Zaman

Assalamualaikum..

Diam tak diam hari ni dah 20 Ramadhan dah kan dan 20 hari juga kita dah berpuasa..Sekejap je masa berpuasa.Pejam celik pejam celik dah 20 Ramadhan..Tahun ni,mood raya masih lagi samar-samar tak seperti tahun lepas bersemangat sungguh nak beraya..Tahun ni mungkin 2-3 hari nak raya baru dapat feel kot..Selalu macam tulah,last minit baru semangat tu datang..

So,dalam pada mood nak beraya tu tak de yang penting mood nak dengar lagu raya tu yang penting..awal-awal minggu lepas kot dah download..Yelah,mana tau kot dengar lagu raya mood raya pun nak datang kan..Tapi,rupa tu jugak..Mood pun statik gitu jugak..Hehe..

So,malam ni nak berkongsi dengan awak dan awak semua lagu raya yang saya rasa memang segar sepanjang zaman.Lagu ni memang tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.Segar sepanjang zaman.Eh,betul ke eh peribahasa ni?Kalau salah tolong betul kan eh...hukhuk.

Jadi dengan ini saya mempersembahkan 10 buah lagu raya yang dengar beribu kali mana pun tak kan pernah jemu..

1)Suasana hari raya (Elina ft Anuar Zain)
2)Dendang Perantau (P.Ramlee)
3)Menjelang Hari Raya (DJ Dave)
4)Kepulangan yang di Nanti (Aman Shah)
5)Indahnya Beraya Di Desa (Azalina Aziz)
6)Seloka Hari Raya (Hail Ameer ft Uji Rashid)
7)Selamat Hari Raya (Saloma)
8)Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman)
9)Suatu Hari Di Hari Raya (M.Nasir)
10)Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat)
11)Balik Kampung (Sudirman)
12)Pulanglah (Aishah)

Inilah antara-antara lagu yang memang di rasai sentiasa sedap untuk di dengar tiap kali hari raya..Lagu dulu-dulu jugak sedap kan..Masih Tercari-cari lagu raya sekarang yang setanding lagu dulu-dulu..Rasa macam satu dalam seribu kot..

P/s:Lagu raya apa yang korang suka dengar..Share-share lah(^_^)


17 kaki blogger komen:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

lagu raya yg lama.. mmg kekal dlm kotak fikiran.

Cik Nur said...

12 lagu yg akma senaraikan semuanya evergreen..!

mmg sedap di dengarkan..lagu baru mcm xmantop..!

Dear KHY said...

semakin besar semakin kurang rasanya mood beraya.macam zaman kanak2 dulu syok jer

-meeSUPERGIRL- said...

memang pantang bukak radio selamat hari raya je lagu . hahaha . meriah betol rasa tahun nih ..

cci said...

cci suke sume lagu.. ^_^

Sally Yatiey said...

Betul2. Lagu raya dulu lebih sedap di dengar :) Selamat Hari Raya! ^_^

Aiisyah Colourful said...

betul2.. lagu2 lama ni jugalah yang selalu ulang2 dengar byk kali..

Mieya Atiera said...

Mieya suka dengar lagu sharipah Aini :)

~ cik matahari ~ said...

betul3!! lagu2 ni semua evergreen suke sgt2 :D

dEdEQ dE wIshEs said...

HEHEHE .. CAM GINI LAH .. TIAP KALI PUASE DA HMPIR .. HABIS NADA HP D TUKAR JADI LAGU RAYE KAN KAN .. EKEKE

cikmisi leen said...

hehe ~ sama lah kita.. cikmisi pom suka lagu2 tersebut di atas..lagu raya lama2 smua best.. cuma yang baru2, skarang, ada sdikit kekurangan :(.. yg lama jgak mnjadi pilihan :p

kaishin said...

sy suka yg no 1 ngan no 2 tu..hehe

babycomel said...

haah suka semua lagu yg ada kat atas tu.. tp paling suka dendang perantau (hehehe xtau nape suka sgt padahal duduk bwh ketiak mak je, mana nak perantau nye pun) ;)

shida'R said...

ma...semua shida suka baru je nyanyi td lam blik smbil kemas2 baju hahaaa ^_^

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

suke semua lagu kat atas too..
tapi yg last sekali too,mmg sedih..

KorN said...

semua lagu ni best2.. tak kira la lagu sedih ke, happening ke, yg pasti semua best...

eimah siti said...

cik siti dok dgr lagu raya lama ja...lagu raya baru, ada ka?? tak pernah dengar pn...huhu

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com