Friday 6 April 2012

Jumaat penghulu segala hari^^

Assalamualaikum semua..

Selamat pagi..selamat hari Jumaat..semoga hari ini memberi sinar kebahagian dan kegembiraan buat kite semua..senyum-senyum selalu ye^_^

Baiklah,hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang kelebihan hari Jumaat..Sama ada awak-awak semua sudah tahu mahupun tidak tahu saya ingin berkongsi bersama apa yang saya tahu..semoga kite same-same dapat manfaat bersama..okey lah tak nak karang panjang-panjang ..kat bawah ni saya senaraikan kelebihan hari Jumaat..same-same kite bace untuk renungan bersama ye..

1)Penghulu segala hari
  • Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” 
2) Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga. 
  • Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3)Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.

4)Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

5)Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
  • Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
6)Malaikat Turun ke Bumi
  • Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

  • Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

    Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
    “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

                                                   
                         
                                                     


Sumber :Dari pengetahuan sedikit saya dan 1 KLIK...

Selamat membaca dan terima kasih sudi membaca..


2 kaki blogger komen:

Cik Farhana said...

Alhamdulillah ~ kita masih sempat bertemu jumaat pd hari ini , JUMAAT hari yg mulia ~

Diari Maya said...

Mmm... sama2lah kita memuliakan penghulu hari dgn aktiviti2 yg baik dan berfaedah.

 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com