Thursday, 31 May 2012

Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun

Assalamualaikum..

Ini adalah STICKY POST(^_^)

Di sebabkan hari ni,kesibukan yang amat sangat.Lantas membuat kan diri ini tidak dapat nak update entry banyak-banyak.So,diri ini memutuskan buat segmen jelah kan.Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun.Bulan Mei bakal melabuhkan tirai nya beberapa hari lagi sahaja.Ini bermakna bloglist Mei juga akan di tukar ganti kepada bloglist Jun.

Jadi,bagi yang berminat nak menghuni bloglist Jun blog Gadis Pecinta Pink boleh lah menyertai segmen ini dengan mengikut syarat-syarat ini:

1)Buat satu entry yang bertajuk "Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun"
2)Mestilah follower blog ini.Bukan ape senang nak update nanti kan.
3)Copy dan paste header ini dan Letak kan di dalam entry segmen ini..


4)Korang wajib jawab soalan ni:
  • Blogger yang memberi korang inspirasi untuk berblog?sertakan link blog diorang okey..


5)Dah siap ikut step 1 2 3 4 boleh lah publish dan hantarkan link entry anda di entry ini .

6)Semua yang join  bakal di masukkan ke bloglist Jun dan bloglist ini hanya kekal untuk bulan Jun sahaja.Nanti bila dah update senarai peserta korang boleh lah blogwalking okey(^_^)

Tarikh tutup:31 Mei iaitu pada jam 11 pm
         
Harap-harap adalah yang join segmen ni..hikhik



Wednesday, 30 May 2012

Cara Mengawal Kemarahan

Assalamualaikum..

Di keheningan malam ini,ingin saya berkongsi sedikit cara bagaimana MENGAWAL KEMARAHAN..Sesungguhnya perasaan marah itu datang tatkala kita tidak dapat mengawal tahap emosi yang gundah gulana..Pasti setiap di antara kita mempunyai perasaan marah..Cuma cara marah itu berbeza mengikut individu..Sebenarnya perasaan marah ini,harus di kawal agar tidak mendatangkan perkara-perkara yang tidak di ingini..So,di kesempatan ini,saya ingin kongsikan dengan korang semua..Jom baca cara-cara di bawah ini:


1. Sebelum melepaskan kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2. Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda melepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3. Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4. Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5. Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6.Bawa bertenang seperti menarik nafas.

7. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang. 

9.   Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) 

10. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim) 

11. Langkah terakhir memerlukan permintaan maaf kepada orang yang Anda telah marah kepadanya. Dengan membiarkan pergi kebencian dan melepaskan tujuan balas jasa atau ganti rugi, Anda akan merasakan bahwa beban berat berupa kemarahan telah terangkat dari pundak Anda.

               

Korang ada lagi cara nak kawal marah?boleh share dengan komen kat bawah ni(^_^)

Credit to:Qitori & Dr Shengal


"1st Dorayaki Giveaway By Ain"

Assalamualaikum..

Malam ni daku sangat rajin..Lantas nak join GA oleh Ain..Thanz ain ajak akak join..Baru hari ni sempat nak join..Ain ajak join dari kelmarin lagi kot..

             
                KLIK UNTUK JOIN

Saya nak tag:

Tarikh tutup : 27/06/2012



           

Tangkap ikan pelik

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..Tadi saya  baca surat khabar online..Then ,terjumpa satu artikel pasal seorang nelayan yang "tangkap ikan pelik".Rasa sangat menarik pulak untuk di kongsi dekat korang..Yelah mane tahu ada di antara kita yang tak sempat baca surat khabar lagi kan..Jadi kat sini saya kongsikan untuk kongsian bersama(^_^)


Antara petikan dalam artikel tersebut:

“Saya terkejut melihat rupa bentuk ikan berkenaan sebelum membuat keputusan membelinya,” kata Othman Abu Bakar, 63, yang membeli ikan mempunyai fizikal ganjil sepanjang tiga meter dan berat sembilan kilogram daripada seorang nelayan di jeti Kuala Kerteh, di sini, kelmarin.
Othman berkata, ikan berkenaan berwarna putih dan mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga, manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan.

Untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh baca kat MYMETRO .
Credit to:MyMetro online(^_^)


               

Wordless Wednesday#9

Assalamualaikum..




Renung-renungkan(^_^)
                 


Wordless Wednesday#8

Assalamualaikum..

Sebelum diri ini melelapkan mata ,ingin daku  dedikasi kan sepotong ayat khas untuk semua pengunjung setia blog Gadis Pecinta Pink(^_^)
   
"Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa,mengenali seseorang juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata,sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah,sedih,merana,gembira,sayang dan rindu.Namun,mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah..Biarpun hadirnya hanya seketika dan meninggalkan Luka,bersyukurlah dengan kehadirannya kerana dengannya kita belajar erti kasih sayang."


            

Renung-renungkan(^_^)

Tuesday, 29 May 2012

Transformasi Blog Gadis Pecinta Pink

Assalamualaikum..

Hari ni tak de idea lah nak meng'update'..So,setelah penat memulas otak,memerah keringat akhirnya timbul satu idea nak post pasal ini "Transformasi Blog Gadis Pecinta Pink"..Amboi,tajuk kemain lagi kan..agak gempak di situ..gempak ke?hahaha..Actually saya nak story sedikit  mengenai perubahan di blog saya ni..

Kalau yang selalu singgah kat blog saya ni mesti tahu kan perubahan ape yang telah saya buat kan kan kan..So,jadi jom tengok ape yang telah saya ubah kat blog saya ni.Tak delah banyak sangat pun yang di ubah,adalah 2-3 benda yang saya ubah:

1)Saya telah transform kan header saya setelah dua bulan guna header yang same..Header yang sungguh awesome dari kak Arina..Suka sangat(^_^)

S0 credit special untuk:Bunga Hati Mama


2)Saya telah ubah background saya..Tapi tetap tema sama iaitu pink..hakhak..

3)Saya telah remove widget radio Era dan di gantikan dengan widget Top Komentor(^_^)Ini bagi menghargai mereka yang tak pernah jemu memberi komen dan kritikan terhadap semua hasil nukilan saya yang tak seberapa..

4)Saya telah ubah gambar icon shoutbox yang sangat awesome hasil seni adik comey SANDRA..
So,big thanz untuk Sandra yang sudi buat kan untuk saya..really nice..

        

Jadi itulah 4 transformasi yang telah saya buat..Nak lebih-lebih tak pandai..Hakhak..Tu pun time ubah icon shoutbox boleh pulak dekat 2 jam baru jadi..haha..punyalah tak pandai nak kasi dia centre..sekejap ke tepi sangat gambar tu..sekejap kang tak timbul gambar tu.Tapi,lastly jadik juga setelah puas godek-godek ..menjerit keriangan terus..hikhik..

So,ape pandangan korang?okey ke tak eh?jujur tau..hukhuk

                                                        
 

' Simple GiveAway by Chocolate-Vochelle Blog.Jum join!!

Assalamualaikum..

Segmen last nak join petang ni..Segmen oleh Rochelle..Thankz sebab Rochelle sendiri jemput saya join dan thanz juga pada rakan blogger yang tag saya untuk join iaitu Syiera Dahari..

                
                  KLIK UNTUK JOIN

Saya nak tag:
Saya dah follow dan like semua fan page sponsor..
Boleh cek id:
Thanz ye..

Tarikh tutup:30 JUN 2012
           

FIRST GIVEAWAY BY ATIRAH

Assalamualaikum..

Next nak segmen join oleh Atirah..


           
            KLIK UNTUK JOIN

Saya tag:
Okey done(^_^)

p/s:ada sponsor yang saya tak boleh follow twitter..error la..hukhuk

Segmen : Ain nak review blog korang

Assalamualaikum..

Seterusnya,nak join  Segmen : Ain nak review blog korang .First thanz kat adik Amalina sebab tag akak..So,adik ama ni akak join tau tau...

          
             KLIK UNTUK JOIN

Saya nak tag:



Tarikh Tamat pada 5 Jun 2012.

Segmen 2 : Jom Blogwalking & Cari Bloglist Jun

Assalamualaikum..

Next segmen nak join segmen oleh Linda Zehan..


             


Syarat-Syarat :
  • Korang mestilah warganegara malaysia 
  • Umur kalu belum masuk setengah abad korang boleh join
  • Follow blog aku dulu dan KLIK SINI
  • Buat satu tajuk entry "Segmen 2 : Jom Blogwalking & Cari Bloglist Jun"
  • Copy Banner dan link kan ke sini (promote link segmen)
  • Tag 2 member korang 
  • Tarikh tutup segmen hujung Bulan 5
  • korang yg terpilih akan dimasukan dlm Kotak Bloglist aku utk dipromote kan di Bulan Jun depan

Saya nak tag:

" SEGMEN : Bloglist Jun 2012 "

Assalamualaikum..

Next nak join segmen  " SEGMEN : Bloglist Jun 2012 "...Syarat sangat senang je..Jadi memang senang sangat lah nak join kan..

         
                  KLIK UNTUK JOIN


Berapa kali update entry dalam sehari?
Sehari at least ada 3-4 entry

Segmen tamat 30 Mei jam 11 malam

Segmen Bloglist MAY - JUNE by Yana

Assalamualaikum..

Hari ni nak join segmen je..So,korang jangan pelik kalau entry hari ni just ada segmen je..Di sebabkan ramai yang tag saya join segmen dan GA maka hari ini dengan kesempatan yang ada saya ingin join segmen sebanyak yang boleh.hohoho.Jadi hari ni saya menghargai segala yang korang tag dan ajak join dengan join semua segmen yang termampu..

Okey,untuk first segmen saya ingin join segmen Bloglist MAY - JUNE by Yana ..

           
             KLIK UNTUK JOIN

Saya nak tag:



TARIKH MULA | 29 MAY 2012
TARIKH BASI | 10 JUNE 2012

Monday, 28 May 2012

Tips Hilangkan Mengantuk

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsi tips lagi dengan korang..Tips Hilangkan Mengantuk.Memandangkan sekarang nak dekat dengan musim peperiksaan bagi pelajar IPTA/IPTS.So,saya nak kongsi kan tips nak hilangkan mengantuk.Sebab ape,musim-musim nak exam ni kena stay up sampai pagi hari nak study..Dah kalau mata tu mengantuk macam mana nak study kan..So,kita perlukan beberapa tips yang dapat menghindar kan kita dari mengantuk..Sebelum tu,tips ni pun boleh di guna pakai untuk mereka-mereka yang bekerja hingga lewat malam nak siapkan office work kan:

1)Basuh muka.Kalau dah rasa sangat mengantuk mata tu.Cepat-cepat basuh muka..Baru lah dapat kesegaran ka..Tak banyak,sedikit mesti adalah kan..

2)Senaman ringan.Cara ni pun berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan macam kaki dan tangan.

3)Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!


4)Dengar muzik.Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja,tak study kan.

5)Pastikan anda jadikan persekitaran anda yang terbaik. Contohnya bilik belajar/meja kerja anda tidak bersepah tetapi tersusun rapi. Bila sejuk mata memandang anda juga akan lebih bersemangat bekerja/belajar

6)Dapatkan tidur yang cukup. Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

7)Minum air kosong .Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

8)Wangian aromaterapi.Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.

Setakat ni,ni lah 8 tips yang saya dapat..Saya selalu guna tips 1,2,3,4 dan 7 untuk hilangkan mengantuk.Harap-harap dapat bantu korang kan dengan tips-tips yang saya kongsikan ni..Kalau korang ada tips lain jugak,boleh share kat sini tau tau..

           

SEGMEN: SAYA SUKA BLOG DIA by Sandra

Assalamualaikum..

Petang ni nak join segmen oleh adik manis SANDRA..Thanz ye ajak akak join..So,special untuk adik akak join jugak even kesibukan sedikit hari ni(^_^)

         
                        KLIK UNTUK JOIN

Blog kegemaran kamu (letak link blog tu juga)
  • Blog kegemaran eh?banyak la..tak tahu nak pilih..tapi paling suka blog ni: 
        Panduan Menulis Blog | HASRULHASSAN.COM™
              http://www.hasrulhassan.com/

Sebab kenapa kamu suka blog dia
  • Suka blog HH sebab banyak info dan tip yang berguna untuk blogging.
Pendapat kamu tentang blog dia
  • Sangat-sangat informatif dan padat dengan maklumat yang sangat bermanfaat.
Saya nak tag:
Tarikh tutup :2 June 2012

Im not perfect(^_^)

Asaalamualaikum..

Saya Baru je lepas siap kan assigment..penat jari jemari ini menaip tau tau..sob so sob..tapi legalah everything dah settle,,Alhamdulillah siap pun menaip-naip ni..then,esok kena present pulak..Tetiba jadi nerves pulak kan..Doakan saya tak nerves esok ye kawan-kawan.Semoga di permudahkan segala urusan esok..amin..

 Malam ni tetiba rasa sangat berdukacita pulak,,hukhuk..So,di keheningan malam ini ingin saya :

  • Minta maaf andai saya selalu post benda-benda karut lagi mengarut yang buat korang tak suka baca..
  • Minta maaf andai korang terasa terpaksa atau dipaksa follow blog saya yang tak seberapa ni..
  • Minta maaf andai komen-komen saya kat blog korang pernah membuat kan korang terguris hati atau terkecil hati.maaf sesangat..
  • Minta maaf  andai saya tak sempat terjah blog korang..

Saya tahu saya memang tak mampu nak puaskan hati semua orang.Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesalahan.Im not perfect (^_^)
Sekian..sob sob sob(mood sedih)...

              

Sunday, 27 May 2012

Sifat berdasarkan 4 unsur(^_^)


Assalamualaikum..

Hari ni daku muncul lagi dengan analisis-analisis sifat..Kalau hari tu berdasarkan warna ..kali ni berdasarkan empat jenis unsur pulak iaitu tanah,air,api dan angin..Daku tahu korang suka kan analisis macam ni kan kan..hakhak..so,jom baca tengok korang kategori mana okey(^_^)


‎(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
  • Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
  • (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
  • Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
  • Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
  • (JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
  • Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
  • Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
  • (JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
  • Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
  • Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
  • (JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
  • Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
          
** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

So,korang jenis macam mane?Kalau saya jenis tanah..memang adalah kesamaan tu sikit-sikit kan.hikhik.So,korang kongsi lah korang punya dengan komen kat bawah ni..nak tau nak..hikhik(^_^)

               

Saya menang lagi!!

Assalamualaikum..

Entry ni saya buat special lagi istimewa lagi khas untuk review beberapa segmen dan contest yang saya menang lagi beberapa hari lepas..Alhamdulillah,rezeki datang lagi..Actually,dah tahu dua-tiga hari lepas lagi..lepas saya menang contest Hazwan Hairy hari tu,Nak update hari tu juga takut nanti korang jemu pulak baca entry pasal menang hadiah bagai hari-hari..hehehe.So,hari ini di sebabkan idea kosong lagi zero,jadi hari ni paling terbaik saya nak cerita kat korang..hikhik

So,untuk pertama-tamanya..saya telah menang Random Giveaway by  Aira Amir dan Miss Chunji..Saya menang dua hadiah iaitu untuk top referral dan topup..Dua terus sekali menang..hakhak..sesungguhnya saya sangat gembira..kihkih..


Seterusnya,menang dalam Contest KAMIL KAHAR..Walau bukan menang hadiah utama..tapi tetap menang untuk 5peserta bertuah..Sungguh bertuah diri ini..hakhak..


Last but not least nak tunjuk header dan doodle untuk dua segmen yang saya join hari tu:


Doodle dari BUSYRA..Comel kan..suka mata doodle tuh..comey nyer...



Ni header saya dapat dari segmen  AKMADANIRA..Pun saya suka sangat..Bertambah lah koleksi header saya..hikhik..
            
Okey kawan-kawan,tu jelah yang saya dapat setakat ni..tak banyak mana pun..Tapi saya bersyukur sangat..ada jugak rezeki saya..Alhamdulillah..
                   
                        
               

"Segmen Dalca : Bloglist June"

Assalamualaikum..

Hari ni nak join segmen bloglist June oleh Dalca..Terima kasih ye ajak saya join..Firstly nak join segmen ni mesti lah ikut syarat yang di tetapkan...itu harus ikut..

              
                KLIK UNTUK JOIN

Kena Jawab 3 soalan:

1.Soalan Umum : Filem Melayu apakah mendapat kutipan paling banyak pada tahun 2012 hingga kini?
Saya tak tahu sangat..tapi saya Saya rasa Adnan Sempit 2 kot..hakhak..

2.Soalan Logik : Edisi Dalca manakah yang paling diminati? 
Edisi Coretan Dalca(^_^)

3.Soalan Ilmiah : Siapakah wanita yang tidak mempunyai haid dan nifas?
Wanita yang sudah putus haid(menopaus)

Saya nak tag:
Tarikh Tutup:1 Jun 2012

Done(^_^)


Petua Imam Syafie

Assalamualaikum..

Sebelum nak melenakan mata ni..Nak kongsi sedikit petua dengan korang semua.Macam biasa saya dapat  petua ni  dari muka buku Ustaz Don.Jom baca sama-sama(^_^)


Dah baca,boleh lah kita amalkan sama-sama ye...
Perkongsian untuk kebaikan bersama(^_^)
                 

Malaysia Vs Filipina

Assalamualaikum..

Pengumuman..pengumuman,, buat semua penyokong setia Harimau Malaya pada 1 Jun 2012 ini iaitu pada hari Jumaat lebih kurang seminggu lagi  akan di adakan perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Filipina di stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur..So,sesiapa yang berdekatan boleh lah datang ke stadium menyokong skuad negara okey..Ada live kat tv or tak?tak sure lagi ..tunggu lah hari kejadian okey..hakhak,,
Yang dapat di pastikan skuad yang bakal di turunkan nanti semuanya pemain-pemain yang mantap belaka..


               

Okey saje update pasal ni,kita ni semangat nak tengok bola sebab semangat nak sorak..haha..Peminat setia bola sepak negara ni tau tau tau(^_^)


" SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012 "

Assalamualaikum..

Tengah-tengah malam ni nak join segmen je..Mood blogwalking simpan untuk esok separuh kalau habiskan semua hari ni..esok tak de pulak mood kan..hakhak..So.lets check it out segmen apa yang nak join ni..
               

          

                 KLIK UNTUK JOIN

1. buat satu entry yang bertajuk " SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012 "

2. amik gambar baner kat atas ni, tempek kat dalam entry tu dan link kan ke post ini.

3. kalau sudi (optional)
a. follow blog ni
b. like page facebook Hikayat Budak Pening (or boleh klik like "facebook page" kat sidebar tu)
c. masukkan blog Hikayat Budak Pening (http://pening-pala.blogspot.com) dalam bloglist korang.

4. publish kan entry korang tu dan letakkan link entry tesebut dalam ruangan komen entry ini.

tarikh tutup : 30 may 2012 jam 11 malam.

Okey saya dah follow semua step di atas itu..sebelum terlupa blog hikayat budak pening akan di masukkan ke bloglist Jun saya..okey..done(^_^)

                 

Saturday, 26 May 2012

Pecinta pink blogger menggoda?

Assalamualaikum..

Korang nampak tak tajuk kat atas tu?Pecinta pink blogger menggoda??Wah,wah bikin gempak ni..Kontroversi sungguh ni dan Berani mati hidup semula punya update ni,,hahaha..Actually korang jangan salah paham pulak eh..daku bukan penggoda bukan sama sekali,,tidak tidak tidak..Daku hanya seorang gadis yang penuh kesopan-santunan umpama gadis melayu Terakhir..amboi,amboi..yang ini lagilah tipu..hahaha..Yang sebenar nya saya yang macam ni je..saya seorang gadis yang pemalu amat dan sangat-sangat baik hati..wah,,terlebih sudah kan..haha..tak de orang nak puji kan,so better puji diri sendiri..hehe..

Actually ,daku  sebenarnya baru lepas duk tergelak-gelak sakit perut tak menahan ni baca entry  dari blogger AZRUL AZMI..Ada ke patut dia gelar kan daku blogger paling menggoda..hahaha..Menggoda lah sangat kan..Serius geli hati kot..Menggoda kah daku ni?termenung sejenak..tidak tidak tidak..Ini semua gara-gara komen daku yang ni lah:


                    BACA KAT SINI

Hahaha..serius daku gurau-gurau je time tuh..tak sangka pulak kena gelar menggoda..haha..lawak-lawak..Ape-ape pun di kesempatan ni nak review blog Encik Azrul ni sikit:


                  KLIK UNTUK KE BLOG BELIAU

Blog beliau ni banyak informasi terkini..Gaya penulisan sempoi je..Straight to the point ..begitu telus dan tulus lah kan..hakhak..Saya cadangkan anda letak satu shoutbox..senang nak jejak langkah ke hadapan nanti kan kan..hee..So,jangan tunggu lama-lama mari kita semua pakat terjah blog beliau okey..(^_^)
               
         

Gadis Pecinta Pink Kena Suprise?

Assalamualaikum..

Hari ni terlalu banyak benda yang ingin saya kongsi kan dengan korang semua..Semua nya mampu membuat kan diri ini senyum selalu..Hari ni memang banyak kezutan buat diri ini..Nak pilih yang mana satu nak di kongsikan dulu pun sampai pening..Sebab semuanya sangat-sangat gembiralah..

Jadi setelah berfikir-fikir dua tiga empat lima enam tujun lapan kali terus pilih nak post entry pasal diri ini yang telah di suprise kan .Sungguh di luar jangkaan..tak bajet langsung yang diri ini di suprise..Memang sangat-sangat terharu bagai ketinggian Gunung Everest lah..Sampai saat,minit,jam ini pun ketidakpercayaan lagi..Tetapi setelah berpuluh-puluh kali tekan keyboard ke halaman itu..Ya,memang benar dan lagi nyata dan sahih memang yang tertera di screen itu saya aka Gadis Pecinta Pink..Serius sangat-sangat teruja saat itu..Rasa nak menjerit-jerit je..Tapi diri ini masih mampu mengawal perasaan itu..

Mesti korang nak tau saya kena suprise apa kan kan..Saya sebenarnya telah di suprise oleh pemilik blog BUNGA HATI MAMA aka kak ARINA yang telah menghadiahkan saya satu header yang sangat-sangat awesome,comel,sweet dan cute..Memang saya tak sangka betul saya yang terpilih untuk di suprise di antara kalangan pembaca di blog BHM..Saya datang ke blog kak Arina sebagai pembaca yang amat suka kan hasil kreativiti beliau..Saya suka amat  tengok doodle-doodle yang kak Arina hasilkan memang sangat cantik semuanya dan saya telah mengambil beberapa doodle hasil nukilan kak Arina sebagai koleksi..Korang boleh terjah blog kak Arina kat link bawah tu,tengok hasil doodle beliau semua nya sangat cantik tau..


              
              http://wwwmarina-arina.blogspot.com/

Korang nak tengok tak header yang kak Arina hadiahkan untuk saya..Jom tengok kat bawah ni..jom jom..

             

             KLIK SINI TENGOK SAYA DI SUPRISE

Comel kan kan kan.Sebab kecomelan header yang kak Arina hasilkan untuk saya,jadi saya pun menukarkan header blog setelah dua blog guna header yang sama kan.So,hari ni bertukar..hakhak..Ape-ape pun jutaan terima kasih buat kak Arina yang sudi hasilkan header untuk saya..Saya memang suka amat sebab header ni comel sangat..Lagi-lagi saya ni jenis tak pandai nak buat header,,kekurangan daya kreativiti..hukhuk..Sekali lagi terima kasih kak..Sayang akak lebih-lebih..hakhak..peace(^_^)

                 

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER

Assalamualaikum..

Petang ni nak join segmen Amer pulak..Bulan lepas dah join yang Mei punya..Sekarang nak join yang Jun pulak..hakhak..

               
                         KLIK UNTUK JOIN


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog AMER
2. Buat satu entry dan Tajuk SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER
3. Letak banner diatas dalam entry korang.
4. Link kan entry anda pada post entry ini
5. Hantorkan link entry korang diruangan comment ini.
6.Letak blog Am dalam bloglist korang.

segment ini dibuka sehingga 8.june.2012. :D 11.59PM

So,marilah kita join ramai-ramai okey..lambat lagi tamat segmen ni..

Tak bernyawa dalam kabinet

Assalamualaikum...


Hari ni pun idea masih tak bercambah-cambah nak post entry jadik blur lagi..hukhuk..So,nak kongsi sebuah kisah yang amat menyayat hati ni..Seorang bayi berusia dua bulan di temui tidak bernyawa di dalam kabinet dapur di rumah nya.Ya Allah,kesian nya..tak tahu nak ungkap ape-ape lagi..Kalau saya sebagai ahli keluarga mereka pun turut merasa kesedihan ni..Di khabarkan bayi tersebut di temui berada dalam sebuah periuk di kabinet tersebut..Gambar kat bawah ni tempat di mana bayi itu di temui..

      DI SINI...Mohd Noor menunjukkan lokasi periuk dalam kabinet tempat bayinya ditemui mati.


Korang nak baca lebih lanjut dan terperinci boleh baca dekat MyMetro..(^_^)


Saya Nak Header by AkmaDanira

Assalamualaikum..

Hari ni nak join segmen yang boleh dapat free header,,Memang kalau ada segmen header ni automatik kita join..Sebab tak pandai buat header kan..By the way thanks a lot kat tuan segmen yang jemput kite join segmen ni..So,tak payah pikir lama-lama kita join..Syarat pun senang kan ..

                 
              KLIK UNTUK JOIN



  • Tajuk Header:Gadis Pecinta Pink
  • Description (kata-kata/ayat):saya budak obses pink!!
  •  Warna/Kod warna (1-3 warna):Pink pekat dan hitam
  • Saiz (kalau mahu):ikut awak yang tentukan..hikhik
  • Doodle (kalau mahu):http://4.bp.blogspot.com/-bjTsXB9chRA/T7tTAAF2uWI/AAAAAAAACHc/uSuPQfpF2nY/s320/termenung-pupple-D.png & http://2.bp.blogspot.com/-FkGAd3jAXn0/T7xhDrScGJI/AAAAAAAACHw/SvIW77Hqmdk/s400/CIKGU-BUNGA-BMERAHX.png


Saya nak tag:
Amalina

Saya nak guna doodle yang saya kasi tu..kalau boleh..kalau tak boleh kita ikut je yang Akma buat..hikhik





Homesick!!

Assalamualaikum..

Homesick?Apakah itu?err..rumah sakit?balik sakit?errr...tidakkkkk..Homesick sebenarnya satu perasaan yang sangat-sangat membuak-buak untuk pulang ke rumah terutamanya bagi mereka yang berjauhan dengan keluarga.Memang sesuai lah dengan daku yang kini jauh merantau di negeri orang..Memang tersangat-tersangat homesick.Jadi,Kenyataan ini di tujukan khas buat diriku sendiri yang mengalami homesick tatkala ini...

Dah dekat dua bulan ni tak balik rumah.Walaupun,Dua bulan tu nampak macam tak lama tapi bagi diri ini macam dah dua tahun dah  ku rasakan.Lagi-lagi bila Rindu kat ibu tersayang dengan adik-adik comel ku kat rumah.hukhuk.Perasaan ingin pulang ke rumah tu memang jelas,nyata dan ketara amat saat ini.Kalau boleh pagi-pagi ni nak pack barang semua nak balik rumah...Namun.apakan daya,masa amat mencemburui ku.Ku tidak boleh pulang ke rumah lagi saat ini kerana masih ada mission impossible yang belum di laksanakan..

Hari ni Daku sangat-sangat cemburu amat bila melihat kawan-kawan update status  di muka macam ni :

'home sweet home'
'akhirnya sampai di rumah'  
'sedapnya makanan kat rumah ni' 

Err,saje je korang ka nak jeles kan kita la tuh,,hukhuk..Takpe-takpe nanti 25 Jun kita balik jugak umahhh...errrrrrr..lambat lagi lah pulak:( sabar jelah duhai hati ku..sob sob sob..

p/s:Entry ini di tulis saat mata memang tahap krirital nak tidur bebenar,Tapi ku gagahkan diri menaip jugak..Sebab ku sangat homesick tatkala ini!!Jadi,maaf seandainya susun atur ayat tunggang terbalik,,err..papai.zzzzzzzzzzzz


               

                   

Friday, 25 May 2012

Personaliti Warna Pink

Assalamualaikum..

Korang ingat lagi tak?Semalam saya ada post mengenai KENALI WANITA MELALUI WARNA KEGEMARAN.So,hari ni saya nak sambung sedikit lagi mengenai warna pink a.k.a merah jambu pulak.Di sebabkan ada di antara kawan-kawan yang tanya warna pink tak de ke?Jadi saya pun selidik lah  serba sedikit mengenai personaliti orang yang gemar warna pink..Hasilnya jom baca kat bawah ni:

Warna Diri : Pink ( Emosional)

POSITIF
Terbuka
Tenang
Menghayati
Rasional
Kreatif
Kasih-sayang
Keriangan
Pemurah
Kematangan
Tersendiri

NEGATIF
Sensitif melulu
Serius
Penarikan diri
Pemarah
Termenung
Kebencian
Kesedihan
Kedengkian
Cemburu
Pemalu

Kebenaran dan kesahihan personaliti ni bergantung kepada korang,,tak semestinya ape yang  tertera ni sama dengan personaliti korang kan..Tapi,bagi saya memang personaliti kat atas ni ada sama sedikit dengan saya..almakum lah,kita kan pecinta pink,.,hakhak(^_^)


                  
             





Review Follower ke 1000

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam blog Gadis Pecinta Pink telah mencecah angka follower 1000.Tepat pukul 10 malam semalam blog ini telah mencecah angka follower sebanyak 1000..Sesungguhnya saya amat berterima kasih kepada follower yang ke-1000 blog ini..Saya tak jangka pun akan dapat 1000 follower dalam masa dua bulan lebih saya dalam dunia blogger..

Okey jadi di kesempatan ini,jom kita semua berkenalan dengan follower ke 1000 blog saya ni...


Dalam kotak merah itu follower ke 1000 blog saya(^_^)


                               KLIK SINI
                     


Serba sedikit tentang follower ke 1000 blog saya..Print screen dari blog kak Fatmasha..hikhik..
Okey ape-ape pun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah ke blog saya..Segala sokongan anda semua terhadap blog saya amat-amat saya hargai..



                     

                 

Kepala tersangkut jeriji

Assalamualaikum...

Hari ini otak pun agak kekecelaruan..Idea banyak tapi tak tertaip lagi entry-entry ..So,baik kongsi kisah  ni kat korang..Kisah seorang kanak-kanak yang kepala nya tersangkut kat jeriji..Err.seram tengok..kesian kat budak ni..Hampir meragut nyawa kalau tidak di ambil tindakan segera..Lemas kot tercekik kat jeriji tu..Tapi ape-ape pun kanak-kanak tersebut berjaya di selamatkan dengan bantuan orang ramai..Alhamdulillah...

                CEMAS...orang ramai cuba mengeluarkan kepala Farah Fitrina (dalam bulatan) yang tersangkut 
di jeriji pintu pagar.



P/s:Korang nak tahu lebih terperinci boleh baca kat MyMETRO

Terima kasih sudi baca(^_^)


Thursday, 24 May 2012

Tips Nak Hilangkan Rasa Sedih

Assalamualaikum..

Tengah-tengah malam tiba-tiba rasa nak kongsi sedikit tips dengan korang.Daku nak berkongsi Tips nak hilangkan rasa sedih.Fuhh,tips nak hilangkan sedih you all.,.mungkinkah daku tengah bersedih,gundah gulana tatkala ini?yang memungkinkan daku berkongsi tips ini..hohoho..

Sebenarnya perasaan sedih ni normal.Tipulah kalau korang cakap korang tak pernah ada perasaan sedih kan kan.Kita mungkin bersedih di sebabkan kita putus asa,kecewa,kehilangan orang tersayang,putus cinta dan seumpama dengannya lah kan..Bila kita sedih mula lah jiwa kita ni kelam kabut,hati dup dup dap,minda sentiasa  terawang-awang yang membuatkan kita kekadang hilang arah tujuan,hilang semangat,hilang tumpuan dan seangkatan dengannya.Yang ni sebenarnya kita salah.Sepatutnya,Kita tak boleh biarkan perasaan sedih mengawal tingkah laku kita.Perasaan sedih ni kalau semakin di layan semakin lah menjadi-jadi kan...So,untuk menghilangkan  rasa-rasa sedih ni,jom saya kongsi kan sedikit TIPS NAK HILANGKAN RASA SEDIH..


1)Menyibukkan diri kita dengan melakukan aktiviti bersama keluarga,dan sahabat handai.Contohnya,korang pergi bercuti ke,berkelah ke,beriadah ke..So,bila kita buat aktiviti-aktiviti tu sedikit sebanyak kita tak pikir apa yang tengah menyebabkan kita sedih.Lagi-lagi kalau kita enjoy dengan apa yang kita buat,tak banyak sedikit mesti adalah hilang rasa sedih tu kan..

2)Cara yang terbaik juga nak hilangkan sedih korang harus luahkan lah apa yang korang rasa terpendam tu.Kalau makin korang pendam makin lah rasa sedih dan duka tu membuak-membuak.So,cari seseorang yang terbaik untuk di jadikan tempat luahan rasa,Contoh korang luah lah kat kawan baik dan ahli keluarga pun okey..

3)Melakukan perkara yang kita suka untuk hilangkan rasa sedih..Macam saya kalau sedih saya akan bukak lagu kuat-kuat sambil nyanyi-nyanyi..Hakhak..Lepas tu kurang lah sikit rasa sedih tu.Haa,satu lagi makan pun boleh hilangkan rasa sedih..bila makan tu tak ingat lain dah nampak makanan je,,hahaha,Tak tahulah kalau korang macam mana kan..

4)Ketawa, ketawa dan terus ketawa. Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan hati yang membolehkan kita kembali ceria. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar kita boleh ketawa secara automatik. Jadi dapatlah hilangkan rasa sedih kan..

5)Menangis lah sepuas-sepuasnya sampai kering air mata tu pun tak pe..Barulah kita rasa puas dan lega..Menangis dapat buat kita rasa satu kepuasaan dalam jiwa..Sebab dengan menangis apa yang kita rasa sedih tu kita dah buang melalui air mata kita tu..Walau tak banyak mana pun tangisan bagi saya dapat bantu kita hilang kan rasa sedih..

6)  Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja yang kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.Kita mesti tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan kita, cita-cita, keluarga, kerjaya, dan sebagainya..Di akui,memang cara ni agak sukar sedikit.Tapi kita boleh melatih diri step by step untuk melupakan kesedihan itu.Practice make perfect!

8)Cara paling terbaik Jangan terus memikirkan apa yang membuatkan kita rasa bersedih..Banyak kan berdoa terutamanya Seorang muslim macam saya.Cara yang pling terbaik untuk kita memadamkn perasaan sedih adalah dengan melakukan Solat sunat Taubat, Hajat. Buat lah solat Taubat dgn seikhlas hati, memanjatkn keampunan kepada-Nya akan dosa-dosa yg telah kita lakukan.Kemudian lakukanlah Solat Hajat, memohon agar dibersihkan hati ini dari perasan sedih kita itu dan dgantikn dengan sesuatu yg baik utk menjalankn kehidupan kita dgn lebih baik dsamping momohon kan petunjuk serta hidayah .

Rasanya setakat ni jelah tips yang saya dapat kongsi dengan korang.Kalau korang ada tips lain boleh kongsi-kongsi dengan komen entry ini..Sekian(^_^)

P/s:Senyum dan terus tersenyum selagi termampu...

             

             

Kenali Wanita Berdasarkan Warna Kegemaran

Assalamualaikum..

Hari ni daku ingin berkongsi tentang sikap seorang wanita berdasarkan warna yang diminati nya..Setakat ni ada 10 warna yang dapat di kesan..Warna-warna lain yang tidak ada akan di kesan secepat mungkin..hakhak.So,tunggu ape lagi jom baca..mana tahu ada warna kegemaran korang kan kan...

UNGU
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap

HITAM
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA

Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot

So,ada tak yang sama dengan sikap korang?tepuk dada tanya hati ada ke tidak terkena..hikhik.Daku pun dapat analisis berdasarkan sumber-sumber yang boleh di percayai.rasa menarik untuk di kongsi.so,kita share-share lah kan.peace(^_^)

        
               

Sharing is caring(^_^)

"1st GiveAway by Nabila Medan"

Assalamualaikum..

Next,nak join satu GA petang ni.Giveaway dari Nabila Medan.Syarat simple je..tu yang laju je nak join..hikhik

              
                      KLIK UNTUK JOIN


Syarat :
1.Follow Blog Nabila Dan Sponsor AmerCorner , Serta Like Fanpage Kami Berdua - 
2.Tekan Link Disini
3.Buat Entri Bertajuk "1st GiveAway by Nabila Medan" , letak banner dan link kan semula.Juga tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu.
4.Tinggalkan link entri korang dibahagian komen.

Tengok-tengok senang je kan?So,pakat-pakat lah kita join ye..Hadian pun boleh tahan menarik dan lumayan...

Jadi saya nak tag tiga orang bertuah:


"Segmen 2 : Bloglist June".

Assalamualaikum,,

Next,saya ingin join segmen adik Ama..Jom kita join ramai-ramai okey..KLIK SINI UNTUK JOIN tau tau...

   
             


Saya nak tag:




Segmen ini expired pada : 1/6/12 tepat jam 10.00PM :)                 

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012

Assalamualaikum..

Petang ni saya nak join segmen je..otak jem nak publish entry ape pun tak tau..So,baik join segmen yang mane ada.So,for the first saya nak join segmen oleh Nasz.Korang mesti nak join kan?jom klik link dekat bawah tu okey(^_^)


                

                KLIK UNTUK JOIN

Untuk Saudara Nasz:

  • Blog Nasz memang dah ada dalam bloglist saya..hikhik(^_^)


Tarikh segmen:26hb Mei 2012 jam 11.00 malam.

Wednesday, 23 May 2012

Follow blog pun ada limit??

Assalamualaikum..

Korang tahu tak? follow blog pun ada limit?Kalau macam saya baru je tahu hari ni setelah dua bulan berblogging rupa-rupanya follow blog orang ada limit..Seriusly memang tak tahu langsung ada limit nak follow blog orang ni..Tadi ada blogwalking kat bebarapa buah blog..Then,ada jumpa blogger cerita pasal limit follow blog orang.Rasa sangat menarik dan tertarik pulak nak berkongsi dengan kawan-kawan semua..Terutama blogger baru macam saya yang perlu kan banyak tip untuk berblogging..So,here I share..

Actually kan follow blog ni ada limit bila kita follow blog orang guna button follow..Limit dia 300 blog yang boleh kita follow.Tak lebih..tak kurang...cukup-cukup 300 je yang boleh follow guna button follow..



Button follow ni lah yang saya maksudkan 300 blog je yang boleh kita follow guna button ni..Kalau dah lebih 300 yang kita follow guna button ni memang tak boleh follow blog orang dah..

Jadi untuk mengelakkan kita tidak boleh follow blog orang,Jadi seeloknya anda-anda semua meletakkan kotak widget follower yang ini:


Kalau follow guna widget follower ni,memang tak de limit.Kalau korang nak follow blog berapa banyak pun tak kisah lah kan.No limit okey(^_^)So,di harapkan awak,awak dan awak semua meletakkan kotak follower ni bagi memudahkan orang yang datang nak follow blog kemudian hari..

Setakat ni,alhamdulillah..saya tidak ada masalah nak follow blog orang lagi.Kemudian hari siapa tahu,mungkin ada masalah-masalah begini..Haruslah guna cara yang di atas ini untuk follow blog orang..

Okey,rasanya setakat ni je yang saya tahu..hikhik.Korang kalau ada nak tambah kekurangan ape yang saya taip ni boleh perbetulkan saya tau tau,,hehe,,peace(^_^)
                 
           

"Segmen : Saya Nak Watermark Cik Tyra Lee

Assalamualaikum..

Petang ni saya nak join satu segmen.Sebab jarang ada segmen dapat waterwark ni..Lagi-lagi saya memang tak de waterwarmark lagi.So,memang nak join..nak cuba..mane tau dapat kan kan...

             
          

             KLIK UNTUK JOIN

  • Saya nak watermark Cik Tyra Lee kerana saya tidak mempunyai waterwark lagi walaupun satu.kesian kan kan.saya juga inginkan waterwark dari cik Tyra kerana saya kurang pandai nak membuat waterwark ni.almaklum ,kurang kreativiti..Jadi,saya mahukan waterwark yang cik Tyra hasilkan kerana saya percaya cik Tyra Lee dapat hasilkan waterwark yang sangat awesome dan superb macam cik Tyra..peace(^_^)

Expired date 31 Mei 2012 , pukul 11.59 p.m.

Wordless wednesday#7 Coklat

Assalamualaikum..


               

               

Cadbury menggamit di hati(^_^)siapa suka coklat macam saya tekan jejari,menaip di papan kekunci okey:P

             
 
Copyright© All Rights Reserved by Akmaluv90@blogspot.com